Untung bersih Dutch Lady merosot kepada RM21.53 juta pada suku kedua

23/08/2022 08:16 PM

KUALA LUMPUR, 23 Ogos (Bernama) -- Keuntungan bersih Dutch Lady Milk Industries Bhd (DLMI) pada suku kedua berakhir 30 Jun, 2022 merosot kepada RM21.53 juta berbanding RM27.29 juta pada suku tahun sama pada tahun lepas.

Perolehan meningkat kepada RM340.09 juta daripada RM284.04 juta sebelum ini, menurut kumpulan itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

Keuntungan bersih pada asas terkumpul enam bulan bagi tempoh berakhir 30 Jun 2022 sebanyak RM639.96 juta berbanding RM542.67 juta pada tahun lepas dengan perolehan, masing-masing sebanyak RM639.96 juta dan RM542.67 juta.

Katanya perolehan lebih tinggi pada suku kedua tahun kewangan 2022 didorong terutamanya oleh permintaan yang kukuh secara berterusan untuk susu sebagai produk penting, kempen Ramadan yang berjaya dan kenaikan harga yang perlu untuk mengimbangi tekanan inflasi.

“Walaupun menghadapi cabaran COVID-19 yang berterusan, syarikat telah dapat beroperasi pada kapasiti penuh dan memacu penembusan penggunaan susu,” katanya.

Keuntungan operasi, tidak termasuk susut nilai pada suku tahun tersebut, merosot sebanyak 14.7 peratus daripada suku tahun sama pada tahun lepas apabila perolehan lebih tinggi telah diimbangi oleh kenaikan harga bahan mentah tenusu global dan keputusan pertukaran asing yang negatif berikutan ringgit yang rendah.

“Sejajar dengan pelaburan yang diumumkan dalam aktiviti pembuatan masa depan kami, DLMI memulakan penyusutan nilai asetnya di kilang Petaling Jaya yang tidak dapat dipindahkan ke tapak baharu. Oleh itu, keuntungan operasi yang dilaporkan berkurangan berikutan susut nilai ini,” katanya.

-- BERNAMA

PERTUBUHAN BERITA NASIONAL MALAYSIA (BERNAMA)
Wisma BERNAMA
No. 28 Jalan BERNAMA,
Off Jalan Tun Razak,
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

+603-2693 9933
helpdesk[at]bernama.com

Kategori

Berita
Rohani Ramadan
Waktu Berbuka
Video

Ikut Kami

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan