Speedy Tigers uji kemampuan berdepan Belgium, Perancis

22/09/2022 08:48 PM

KUALA LUMPUR, 22 Sept (Bernama) -- Empat aksi persahabatan termasuk menentang skuad utama Belgium dan Perancis diatur buat skuad hoki lelaki kebangsaan, sepanjang Siri Jelajah Belgium yang akan bermula Selasa hingga 6 Okt ini. 

Seramai 22 pemain skuad Speedy Tigers akan berkampung di Brussels selama dua minggu sebagai persediaan ke kejohanan Piala Dunia 2023 di Bhubaneswar-Rourkela, India dari 13 hingga 29 Jan tahun depan. 

Siri persahabatan kali ini tidak akan menampilkan penyerang Faizal Saari yang kini masih beraksi di Liga Utama Belanda bersama Kelab Hoki ZSV Schaerweijde dan Mohamad Ashran Hamsani yang masih menjalani sesi rehabilitasi.

Ketua jurulatih A. Arul Selvaraj berkata siri jelajah itu penting buat skuad bimbingannya bagi menguji tahap keupayaan mereka beraksi dalam perlawanan berintensiti tinggi selepas lebih 10 minggu menjalani latihan kesesuaian fizikal.

“Antara fokus kami dalam aksi persahabatan ini juga adalah untuk mempersiapkan pasukan menjelang Piala Sultan Azlan Shah 2022 dari 1 hingga 10 Nov, selain membantu kami menilai tahap dan prestasi pasukan menjelang kejohanan itu.

“Kami bakal bertemu pasukan terbaik...Belgium menduduki ranking kedua dunia dan Perancis di ranking ke-11 dunia. Pastinya siri persahabatan ini akan menguji tahap ketahanan, pemikiran dan cara pemain membuat keputusan di atas padang,” katanya menerusi kenyataan daripada Konfederasi Hoki Malaysia (KHM).

Arul Selvaraj berkata siri jelajah itu juga bakal menjadi platform buat pemain seperti Mohd Zaimi Mat Deris, Muhammad Aminuddin Mohd Zain, Muhamad Ramadan Rosli dan Syarman Mat Tee yang belum pernah mengikuti perlawanan berintensiti tinggi tahun ini, bagi membuktikan kemampuan masing-masing.

Skuad Speedy Tigers, yang berada pada ranking ke-10 dunia, akan berlepas ke Brussels esok.

Berikut senarai 22 pemain yang mengikuti Siri Jelajah Belgium:

 

NO

NAMA

POSISI

1

Muhammad Hafizuddin Othman

Penjaga Gol

2

Adrian Andy Albert

Penjaga Gol

3

Mohd Zaimi Mat Deris

Penjaga Gol

4

Muhammad Razie Abd Rahim

Pertahanan

5

Muhammad Marhan Mohd Jalil

Pertahanan

6

Muhammad Najmi Farizal Jazlan

Pertahanan

7

Muhammad Aminuddin Mohd Zain

Pertahanan

8

Muhammad Syafiq Hassan

Pertahanan

9

Zulpidaus Mizun

Pertahanan

10

Syarman Mat Tee

Pertahanan

11

Meor Muhammad Azuan Hassan

Tengah

12

Nik Muhammad Aiman Nik Rozemi

Tengah

13

Faiz Helmi Jali

Tengah

14

Muhammad Amirul Hamizan Azahar

Tengah

15

Muhammad Firhan Ashaari

Tengah

16

Muhammad Azrai Aizad Abu Kamal

Penyerang

17

Muhammad Najib Abu Hassan

Penyerang

18

Shello Silverius

Penyerang

19

Muhamad Ramadan Rosli

Penyerang

20

Tengku Nasrul Ikmal Hakimie Tengku Abd Rahim

Penyerang

21

Norsyafiq Sumantri

Penyerang

22

Muhammad Shahril Saabah

Penyerang

 

-- BERNAMA 

 

 


 

PERTUBUHAN BERITA NASIONAL MALAYSIA (BERNAMA)
Wisma BERNAMA
No. 28 Jalan BERNAMA,
Off Jalan Tun Razak,
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

+603-2693 9933
helpdesk[at]bernama.com

Kategori

Berita
Rohani Ramadan
Waktu Berbuka
Video

Ikut Kami

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan