MAIPs Beri Sumbangan RM200,000 Jayakan Pembinaan Pusat Islam Di Nigeria

26/08/2024 05:53 PM

KANGAR, 26 Ogos (Bernama) -- Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) menyumbangkan sebanyak RM200,000 untuk menjayakan pembinaan sebuah Pusat Islam di Ibadan, Nigeria.

MAIPs dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan simbolik penyerahan sumbangan itu disempurnakan Pemangku Raja Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail sempena Safar Ilmi MAIPs ke negara itu baru-baru ini.

Baginda yang merupakan Yang Dipertua MAIPs berkenan menyerahkan sumbangan itu kepada pihak Yayasan Amal Al Mawaddah berpengkalan di Ibadan yang diwakili Pengerusi yayasan itu Dr Abdulrasheed Olatunji Abdussalam.

"Pusat Islam itu apabila siap kelak dijangka dapat memberikan manfaat kepada pelbagai aktiviti yang dilaksanakan dengan fokus kepada usaha menyebarkan ajaran Islam sebenar dengan melaksanakan pelbagai projek amal, advokasi dan pendidikan.

"Seperti program dakwah, Ramadan, pembinaan telaga, tajaan untuk anak yatim, kursus Syariah untuk imam dan pendakwah, pengagihan al-Quran dan pemberian sedekah serta zakat kepada golongan fakir miskin dan melarat," kata kenyataan itu.

-- BERNAMA

PERTUBUHAN BERITA NASIONAL MALAYSIA (BERNAMA)
Wisma BERNAMA
No. 28 Jalan BERNAMA,
Off Jalan Tun Razak,
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

+603-2693 9933
helpdesk[at]bernama.com

Kategori

Berita
Rohani Ramadan
Waktu Berbuka
Video

Ikut Kami

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan