Peruntukan RM10 juta bagi Hijrah, NADI mungkin ditambah - MB Selangor

21/03/2021 05:30 PM

KUALA LANGAT, 21 Mac  — Jumlah peruntukan RM10 juta untuk membantu peniaga mendapatkan pelan pinjaman minimum RM1,000 bagi Skim Bantuan Hijrah Selangor (Hijrah) dan Skim Niaga Darul Ehsan (NADI) mungkin akan ditambah mengikut keperluan, kata Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.

Beliau berkata dana di bawah Belanjawan Selangor 2021 itu bertujuan mempermudah penjaja dan peniaga menangani impak pandemik COVID-19.

“Kita menyediakan sejumlah RM10 juta untuk Hijrah ataupun untuk NADI. (Namun) jika ada keperluan, kita mungkin boleh menambahnya susulan perbincangan saya dengan pihak Hijrah pada kemudian hari,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan pembiayaan untuk sekumpulan peserta Hijrah dan enam peserta NADI berjumlah RM538,000.

Selain penyampaian itu, Amirudin turut menyerahkan sumbangan kepada anak yatim bersempena program ‘Jelajah Kita Selangor’ di Balai Majlis Perwakilan Ketua Kampung (MPKK) Kampung Sungai Manggis, di sini, pada Ahad.

Mengulas selanjutnya, beliau berkata akan turut berbincang dengan pihak Hijrah membabitkan bantuan pinjaman mudah bagi mereka yang mahu berniaga pada bulan Ramadan akan datang.

-- BERNAMA

 

 

PERTUBUHAN BERITA NASIONAL MALAYSIA (BERNAMA)
Wisma BERNAMA
No. 28 Jalan BERNAMA,
Off Jalan Tun Razak,
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

+603-2693 9933
helpdesk[at]bernama.com

Kategori

Berita
Rohani Ramadan
Waktu Berbuka
Video

Ikut Kami

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan