Pemain ubah corak latihan untuk kekal prestasi ketika Ramadan

30/04/2021 05:20 PM

KOTA BHARU, 30 April -- Saingan Liga Malaysia (Liga-M) yang dilangsungkan ketika Ramadan semestinya memberikan cabaran kepada pemain khususnya mereka yang beragama Islam untuk mengekalkan kecerdasan dan prestasi permainan.

Bagi pemain pertahanan Kelantan United (KUFC) Hariz Kamaruddin, 23, yang menjadi tonggak penting pasukannya dalam Liga Premier mengakui pemain bukan sahaja perlu menitikberatkan aspek permakanan, malah pada masa sama harus menampilkan prestasi terbaik, setiap kali perlawanan dilangsungkan.

“Untuk itu, kami perlu mengubah jadual pemakanan dan waktu tidur bagi mengekalkan prestasi permainan masing-masing. Malah, jadual latihan juga terpaksa ditukar iaitu sama ada menjalani latihan pada sesi pagi atau malam," katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.

Musim ini, saingan Liga-M diteruskan ketika Ramadan dengan waktu sepak mula dianjakkan dari pukul 9.00 malam kepada 10.00 malam bagi memberi peluang kepada pemain dan jurulatih muslim berbuka puasa serta menunaikan solat fardhu.

Beliau berkata setiap kali sesi latihan dilakukan, aspek kecergasan pemain diberikan keutamaan oleh barisan jurulatih bagi memastikan mereka mampu mempamerkan prestasi terbaik dalam perlawanan. 

"Kami perlukan mata setiap perlawanan, bulan Ramadan bukan alasan kuat untuk kami tidak memperolehi sebarang mata pada setiap perlawanan dilalui," katanya.

-- BERNAMA

 

 

PERTUBUHAN BERITA NASIONAL MALAYSIA (BERNAMA)
Wisma BERNAMA
No. 28 Jalan BERNAMA,
Off Jalan Tun Razak,
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

+603-2693 9933
helpdesk[at]bernama.com

Kategori

Berita
Rohani Ramadan
Waktu Berbuka
Video

Ikut Kami

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan