PPZ-MAIWP, Siti Khadijah Apparel santuni 100 OKU cacat penglihatan

07/05/2021 01:53 AM

KUALA LUMPUR, 6 Mei  -- Siti Khadijah Apparel Sdn Bhd sebagai pembayar zakat Pusat Pungutan Zakat-Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) hari ini menyantuni 100 Orang Kurang Upaya (OKU) cacat penglihatan daripada Pertubuhan Pembangunan Orang Buta Malaysia.

Melalui program Ziarah Ramadan Siri Keempat itu, PPZ-MAIWP bersama Siti Khadijah Apparel Sdn Bhd menyampaikan sumbangan Aildilfitri berbentuk hamper, duit raya serta juadah berbuka puasa yang keseluruhannya berjumlah RM15,000.

Sumbangan yang diagihkan di Dewan Rukun Tetangga Brickfields Jalan Padang Belia itu adalah daripada Dana Wakalah atau pengembalian semula wang zakat oleh MAIWP kepada entiti tertentu yang membayar zakat di PPZ-MAIWP untuk diagihkan kepada asnaf yang layak. 

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP Abdul Hakim Amir Osman dalam kenyataan hari ini menzahirkan ucapan terima kasih kepada kesemua enam syarikat yang telah bekerjasama dengan pihaknya dalam menyampaikan sumbangan melalui program itu sepanjang Ramadan.

“Terima kasih diucapkan kepada pihak Siti Khadijah Apparel Sdn Bhd kerana setia menjadi pembayar zakat kami dan turut sudi menyantuni mereka yang memerlukan bersama kami. 

“Semoga ia menjadi contoh kepada syarikat lain untuk turut menunaikan kewajipan berzakat di PPZ-MAIWP,” katanya. 

-- BERNAMA

PERTUBUHAN BERITA NASIONAL MALAYSIA (BERNAMA)
Wisma BERNAMA
No. 28 Jalan BERNAMA,
Off Jalan Tun Razak,
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

+603-2693 9933
helpdesk[at]bernama.com

Kategori

Berita
Rohani Ramadan
Waktu Berbuka
Video

Ikut Kami

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan