SME Bank terbit kempen eksperimen media sosial 'Kemanisan Memberi'

07/05/2021 02:10 PM

KUALA LUMPUR, 7 Mei -- Kempen eksperimen media sosial SME Bank bersempena Ramadan yang bertemakan ‘Kemanisan Memberi,’ berjaya membuktikan keprihatinan masyarakat khususnya usahawan Asnaf yang sanggup berkongsi rezeki dengan mereka yang lebih memerlukan.

Presiden Kumpulan/Ketua Pegawai Eksekutif bank itu, Aria Putera Ismail berkata objektif utama kempen usaha tersebut adalah untuk melihat sama ada masyarakat yang dihimpit pelbagai cabaran juga sanggup menghulurkan bantuan sejajar dengan nilai murni rakyat Malaysia.

Menurutnya, SME Bank telah menerbitkan 10 episod yang melibatkan lapan usahawan Asnaf bimbingan bank tersebut melalui program Ishraf pada Ogos tahun lepas.

Episod pertama telah ditayangkan pada 16 April, 2021 menerusi platform media sosial SME Bank manakala episod terakhir pada 25 Mei, 2021.

Malah, setakat April lepas, paparan video-video itu berjaya meraih lebih 100,000 tontonan menerusi platform media sosial SME Bank serta kalangan ‘influencers’ atau individu media sosial yang berpengaruh.

-- BERNAMA

 

PERTUBUHAN BERITA NASIONAL MALAYSIA (BERNAMA)
Wisma BERNAMA
No. 28 Jalan BERNAMA,
Off Jalan Tun Razak,
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

+603-2693 9933
helpdesk[at]bernama.com

Kategori

Berita
Rohani Ramadan
Waktu Berbuka
Video

Ikut Kami

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan