Permintaan sanitasi bagi masjid, surau di Melaka meningkat sepanjang Ramadan - JBPM

28/05/2021 05:48 PM

MELAKA, 28 Mei -- Permintaan bagi kerja-kerja sanitasi awam di surau dan masjid sepanjang Ramadan lepas menyaksikan peningkatan, menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka.

Pengarahnya Abu Obaidat Mohamad berkata masjid dan surau perlu disanitasi dengan lebih kerap selepas solat tarawih berjemaah dibenarkan di Melaka mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

“Kita mendapat permintaan yang banyak bagi kerja-kerja sanitasi berbanding hari biasa dan pihak bomba berusaha menjalankan sekurang-kurangnya 13 kerja sanitasi di masjid dan surau sehari sepanjang Ramadan,” katanya kepada Bernama hari ini.

Beliau berkata sebanyak 3,567 sanitasi awam dilakukan sejak Mac 2020 hingga semalam termasuk 1,144 di rumah ibadat dengan kebanyakannya membabitkan masjid dan surau.

Katanya sepanjang tempoh itu, JBPM Melaka turut melakukan sanitasi ke atas 976 kompleks atau bangunan kerajaan dan jumlah itu dijangka bertambah berikutan kadar jangkitan COVID-19 melibatkan tempat kerja semakin meningkat.

Selain itu, Abu Obaidat berkata 662 sanitasi dilakukan di sekolah atau institusi pengajian serta kawasan perniagaan merangkumi rumah kedai, medan selera dan pasar awam. 

-- BERNAMA

 

PERTUBUHAN BERITA NASIONAL MALAYSIA (BERNAMA)
Wisma BERNAMA
No. 28 Jalan BERNAMA,
Off Jalan Tun Razak,
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

+603-2693 9933
helpdesk[at]bernama.com

Kategori

Berita
Rohani Ramadan
Waktu Berbuka
Video

Ikut Kami

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan