Pasaran buruh bertambah baik pada suku kedua 2021 - Ketua Perangkawan

19/08/2021 07:11 PM

PUTRAJAYA, 19 Ogos -- Pasaran buruh Malaysia menunjukkan peningkatan pada suku kedua 2021 berbanding tahun lepas tetapi masih belum kembali ke tahap pra-pandemik, kata Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin.

Mengulas laporan Sorotan Pasaran Buruh, Suku Kedua 2021, Mohd Uzir berkata jumlah mereka yang bekerja meningkat 2.2 peratus kepada 15.21 juta orang daripada 14.88 juta orang pada suku yang sama tahun sebelumnya.

Jumlah pengangguran turun 3.4 peratus kepada 764.900 orang daripada 791.800 orang sebelumnya menyebabkan penurunan kadar pengangguran sebanyak 0.3 mata peratusan kepada 4.8 peratus.

Mohd Uzir berkata peningkatan itu disokong oleh lebih banyak operasi aktiviti ekonomi dan sosial terutama pada awal suku kedua termasuk pembukaan semula sekolah menengah dan membenarkan gerai makan dan penjaja beroperasi pada bulan Ramadan.

-- BERNAMA

 

PERTUBUHAN BERITA NASIONAL MALAYSIA (BERNAMA)
Wisma BERNAMA
No. 28 Jalan BERNAMA,
Off Jalan Tun Razak,
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

+603-2693 9933
helpdesk[at]bernama.com

Kategori

Berita
Rohani Ramadan
Waktu Berbuka
Video

Ikut Kami

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan