PM berkunjung ke Bazar Ramadan Putrajaya

04/04/2022 07:13 PM

PUTRAJAYA, 4 April (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob  yang berkunjung ke Bazar Ramadan Presint 3 di sini hari ini,  berpuas hati dengan tahap pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dalam kalangan peniaga dan pengunjung di bazar itu.

Beliau berkata aspek pematuhan SOP khususnya mengimbas kod MySejahtera perlu dijadikan amalan bagi membolehkan proses pengesanan dilakukan Kementerian Kesihatan (KKM) sekiranya berlaku penularan jangkitan.

“MySejahtera perlu digunakan selalu sebab kita boleh tahu kalau berlaku jangkitan, KKM boleh ‘kesan’,” katanya kepada pemberita selepas melakukan tinjauan di Bazar Ramadan itu serta beramah mesra dengan peniaga dan pengunjung bazar serta membeli juadah berbuka puasa seperti air tebu, air kelapa dan kuih seri muka.

Ismail Sabri dalam tinjauan itu juga menyaksikan  ramai ibu bapa membawa anak-anak ke bazar itu dan  menasihatkan ibu bapa agar mengelak daripada membawa anak-anak kecil mengunjungi bazar supaya mereka tidak terdedah kepada risiko jangkitan COVID-19.

"Saya minta ibu bapa elak bawa mereka ke tempat yang sesak. Kesihatan keluarga kita adalah tanggungjawab kita,” katanya serta menekankan kanak-kanak merupakan golongan yang perlu dilindungi oleh ibu bapa atau penjaga.

-- BERNAMA

 

 

PERTUBUHAN BERITA NASIONAL MALAYSIA (BERNAMA)
Wisma BERNAMA
No. 28 Jalan BERNAMA,
Off Jalan Tun Razak,
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

+603-2693 9933
helpdesk[at]bernama.com

Kategori

Berita
Rohani Ramadan
Waktu Berbuka
Video

Ikut Kami

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan