Perlis dan Kedah catat peningkatan kutipan sisa domestik pada minggu pertama Ramadan

11/04/2022 08:48 PM

PADANG BESAR, 11 April (Bernama) -- Kadar kutipan sisa domestik pada minggu pertama Ramadan di Perlis dan Kedah dilihat meningkat dengan ketara berbanding minggu pertama bulan lepas.

Ketua Pegawai Eksekutif E-Idaman Sdn Bhd (EISB) Zaki Abdul Aziz Daud berkata jumlah kutipan sisa domestik di kedua negeri itu meningkat kepada 1,093 tan berbanding 959.27 tan bagi minggu pertama bulan Mac 2022.

“Kita memahami keterujaan orang ramai menyambut bulan Ramadan, namun adalah lebih baik sekiranya kita dapat membawa bekas sendiri daripada rumah ke bazaar untuk membeli makanan, bagi mengurangkan penggunaan plastk,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika menghadiri Majlis ‘Ramadan Kita’ E-Idaman Sdn Bhd dengan kerjasama Mydin Malaysia di Pusat Jagaan Rumah Sejahtera Batu Bertangkup di sini, hari ini.

Seramai 17 orang warga emas daripada Pusat Jagaan Baitul Hanan dan Pusat Jagaan Batu Bertangkup telah menerima kelengkapan bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri dalam majlis malam ini, antara yang disumbangkan ialah kuih raya, pakaian raya serta duit raya RM100 daripada EISB dengan kerjasama Mydin Malaysia.

-- BERNAMA

 

 

PERTUBUHAN BERITA NASIONAL MALAYSIA (BERNAMA)
Wisma BERNAMA
No. 28 Jalan BERNAMA,
Off Jalan Tun Razak,
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

+603-2693 9933
helpdesk[at]bernama.com

Kategori

Berita
Rohani Ramadan
Waktu Berbuka
Video

Ikut Kami

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan