Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri berangkat tiba di Melaka

22/04/2022 12:13 PM

MELAKA, 22 April (Bernama) -- Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berangkat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka, Batu Berendam hari ini bagi memulakan lawatan dua hari ke Melaka.

Keberangkatan tiba Seri Paduka berdua menggunakan pesawat khas kira-kira 11.25 pagi ini disambut kenamaan utama negeri yang diketuai Yang Dipertua Negeri Tun Mohd Ali Mohd Rustam dan isteri Toh Puan Asmah Ab Rahman.

Ketua Menteri Datuk Seri Sulaiman Md Ali dan isteri Datin Seri Munira M.Yusop turut hadir bagi upacara sambutan ketibaan itu.

Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Ibrahim Durum, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Datuk Zaidi Johari dan barisan Exco kerajaan negeri turut hadir bagi upacara sambutan ketibaan itu.

Pada tengah hari ini, Al-Sultan Abdullah dijadual berkenan berangkat menunaikan solat Jumaat di Masjid Selat.

Seri Paduka berdua kemudiannya dijadualkan berkenan mencemar duli mengunjungi bazar Ramadan Peringgit di sini sebelum menghadiri Majlis Berbuka Puasa bersama rakyat di Masjid Al-Azim di sini.

Pada keesokan hari, baginda berdua dijadualkan berkenan hadir ke majlis menghadap ahli-ahli majlis agama Islam Melaka.

-- BERNAMA

PERTUBUHAN BERITA NASIONAL MALAYSIA (BERNAMA)
Wisma BERNAMA
No. 28 Jalan BERNAMA,
Off Jalan Tun Razak,
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

+603-2693 9933
helpdesk[at]bernama.com

Kategori

Berita
Rohani Ramadan
Waktu Berbuka
Video

Ikut Kami

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan