Yang di-Pertuan Agong solat Jumaat di Masjid Selat

22/04/2022 01:36 PM

MELAKA, 22 April (Bernama) -- Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berangkat tiba untuk menunaikan solat Jumaat di Masjid Selat di sini hari ini.

Keberangkatan tiba Seri Paduka pada 1.06 tengah hari disambut Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam dan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Sulaiman Md Ali.

Turut hadir menyambut keberangkatan tiba Seri Paduka termasuklah Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan I Datuk Seri Ahmad Hamzah, Mufti Negeri Melaka Datuk Abdul Halim Tawil dan Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) Datuk Che Sukri Che Mat.

Kira-kira 1,000 jemaah menunaikan solat Jumaat diimamkan Ustaz Mohd Fezwan Mohamad dengan khutbah bertajuk ‘Memburu Kelebihan 10 Malam Terakhir Ramadan’.

Al-Sultan Abdullah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah juga dijadualkan berkenan mencemar duli mengunjungi bazar Ramadan Peringgit pada sebelah petang, sebelum menghadiri Majlis Berbuka Puasa bersama rakyat di Masjid Al-Azim, Bukit Palah di sini.

Pada keesokannya, Seri Paduka berdua dijadualkan berkenan hadir ke majlis menghadap ahli-ahli majlis agama Islam Melaka.

-- BERNAMA

PERTUBUHAN BERITA NASIONAL MALAYSIA (BERNAMA)
Wisma BERNAMA
No. 28 Jalan BERNAMA,
Off Jalan Tun Razak,
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

+603-2693 9933
helpdesk[at]bernama.com

Kategori

Berita
Rohani Ramadan
Waktu Berbuka
Video

Ikut Kami

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan