Umat Islam di Amerika bayar zakat bernilai AS$1.8 billion pada 2021

22/04/2022 05:10 PM

WASHINGTON, 22 April (Bernama) -- Rakyat Amerika Syarikat yang beragama Islam membayar zakat berjumlah US$1.8 bilion pada 2021, menurut Agensi Anadolu.

Umat Islam mengeluarkan purata zakat sebanyak US$2,070 seorang, sebagai satu daripada lima rukun Islam, menurut laporan dikeluarkan Inisiatif Filantropi Muslim di Universiti Indiana Lilly Family School of Philanthropy di IUPUI pada minggu lepas.

Laporan itu menunjukkan umat Islam Amerika lebih cenderung melihat zakat sebagai tindakan dermawan atau kebajikan dan bukan cukai yang dikenakan pihak berkuasa agama.

Pengarah Inisiatif Kedermawanan Muslim, Shariq Siddiqui berkata, sebahagian besar daripada jumlah itu disumbangkan pada bulan Ramadan.

"Adalah penting bagi organisasi badan amal mencari cara mendekati penderma Muslim-Amerika ketika bulan Ramadan," kata Siddiqui.

Penerima bantuan terbesar merupakan organisasi antarabangsa tidak berasaskan keuntungan, yang menerima 25.3 peratus daripada dana zakat, menurut laporan itu.

-- BERNAMA

 

PERTUBUHAN BERITA NASIONAL MALAYSIA (BERNAMA)
Wisma BERNAMA
No. 28 Jalan BERNAMA,
Off Jalan Tun Razak,
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

+603-2693 9933
helpdesk[at]bernama.com

Kategori

Berita
Rohani Ramadan
Waktu Berbuka
Video

Ikut Kami

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan