RTM Sabah terbit dokumentari tiga atlet negara sempena Syawal

26/04/2022 02:14 PM

KUALA LUMPUR, 26 April (Bernama) -- Radio Televisyen Malaysia (RTM) Sabah akan menerbitkan program khas sempena Syawal berkonsepkan drama dokumentari bertajuk ‘Campin Mau Raya’ yang berkisar tiga atlet negara kelahiran Negeri Di Bawah Bayu itu menjalani latihan sepanjang Ramadan.

RTM dalam kenyataan hari menyebut tiga atlet tersebut adalah Rayzam Shah yang merupakan jaguh 110 meter lari berpagar negara, Siti Hadinavilla Jumidil atlet sepak takraw wanita Sabah dan pelari jarak jauh negara Fathin Faqihah.

“Mereka akan berkongsi perasaan dan pengalaman sebagai atlet khususnya pada Ramadan dan sambutan Aidilfitri. Puasa bukan alasan bagi seorang atlet untuk tidak mengikuti jadual latihan yang sudah diaturkan oleh jurulatih mereka,” menurut kenyataan itu hari ini.

Campin Mau Raya akan disiarkan di TV1 pada 3 Mei ini pukul 4.05 petang dan siaran ulangannya pada 6 Mei, 10 malam serta akan disiarkan pada 3 Mei di TV Okey pada 4.30 petang.

Bagi yang terlepas siaran televisyen, program itu boleh ditonton menerusi portal online RTM, RTM Klik (rtmklik.rtm.gov.my) dan rtm mobile yang boleh dimuat turun aplikasinya di Google Playstore atau Apple App Store.

-- BERNAMA

 

PERTUBUHAN BERITA NASIONAL MALAYSIA (BERNAMA)
Wisma BERNAMA
No. 28 Jalan BERNAMA,
Off Jalan Tun Razak,
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

+603-2693 9933
helpdesk[at]bernama.com

Kategori

Berita
Rohani Ramadan
Waktu Berbuka
Video

Ikut Kami

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan