Ketengah agih sumbangan RM1.1 juta kepada 5,500 penerima sepanjang Ramadan

27/04/2022 05:27 PM

KUALA TERENGGANU, 27 April (Bernama) -- Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) memperuntukkan RM1.1 juta kepada 5,500 penerima terdiri daripada penduduk miskin, anak yatim, orang kurang upaya dan pesakit terlantar yang memerlukan bantuan sepanjang Ramadan ini.

Pengurus Besarnya Tengku Ahmad Nadzri Tengku Musa berkata agihan telah diserahkan kepada penerima secara berperingkat bermula 11 April lepas dan dijangka selesai esok di tiga daerah iaitu Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman.

"Setiap individu menerima bantuan RM200 yang diharap dapat membantu meringankan beban dan memenuhi keperluan mereka pada Ramadan kali ini," katanya dalam kenyataan hari ini.

Bantuan melalui Tabung Amanah Masyarakat Ketengah itu mula diperkenal pada 2006 dengan penyumbang terbesar kepada tabung tersebut adalah daripada keuntungan anak-anak syarikat Ketengah sebagai tanggungjawab sosial korporat (CSR).

-- BERNAMA

 

PERTUBUHAN BERITA NASIONAL MALAYSIA (BERNAMA)
Wisma BERNAMA
No. 28 Jalan BERNAMA,
Off Jalan Tun Razak,
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

+603-2693 9933
helpdesk[at]bernama.com

Kategori

Berita
Rohani Ramadan
Waktu Berbuka
Video

Ikut Kami

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan