SCIB bawa kegembiraan kepada 80 anak yatim YSN

30/05/2022 10:16 PM

KUALA LUMPUR, 30 Mei (Bernama) -- Sarawak Consolidated Industries Berhad (SCIB) membawa kegembiraan kepada hampir 80 anak yatim di bawah Yayasan Seri Negara (YSN) di Rumah Terbuka Aidilfitri di sini hari ini.

Pengarah Bebas Bukan Eksekutif SCIB Noor Azri Noor Azerai berkata syarikat itu mahu memainkan peranan aktif dalam menyediakan keperluan kepada anak-anak yatim dan berharap sumbangan melalui rumah terbuka hari raya itu akan dapat membantu kanak-kanak berkenaan memiliki masa hadapan yang cerah.

“Kami gembira untuk terus bekerjasama dengan YSN. Mereka memberikan kami platform untuk mengambil langkah proaktif ke arah menyokong mereka yang kurang bernasib baik kerana hasil daripada SCIB dan rumah terbuka akan membantu anak-anak yatim di bawah YSN,” katanya dalam kenyataan hari ini.

SCIB menaja Rumah Terbuka Aidilfitri oleh YSN di Menara Kembara Bank Rakyat di sini dan syarikat itu juga menghulurkan bantuan kepada kanak-kanak tersebut melalui program Ihya Ramadan 2022 anjuran YSN pada Ramadan tahun ini.

Pada rumah terbuka yang dirasmikan oleh Penaung YSN Datuk Seri Mazlan Lazim, Pengurus Jabatan Komunikasi Korporat SCIB Ahmad Tarmidzi M Sofie menerima penghargaan daripada Mazlan dan Pengerusi YSN Datuk Abdul Aziz Ismail.

SCIB yang kini mengendalikan tiga kilang menghasilkan produk konkrit pratuang, terkenal dengan pengurusan profesionalnya dan mempunyai banyak pengalaman dalam menjana idea, kemajuan teknologi dan penyelidikan yang diperoleh daripada menerajui industri selama tiga dekad.

-- BERNAMA

PERTUBUHAN BERITA NASIONAL MALAYSIA (BERNAMA)
Wisma BERNAMA
No. 28 Jalan BERNAMA,
Off Jalan Tun Razak,
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

+603-2693 9933
helpdesk[at]bernama.com

Kategori

Berita
Rohani Ramadan
Waktu Berbuka
Video

Ikut Kami

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan