UDA AGIH RM58,000 SUMBANGAN ZAKAT KEPADA KANAK-KANAK ASNAF DI SEKITAR LEMBAH KLANG

28/03/2023 11:15 PM

KUALA LUMPUR, 28 Mac (Bernama) -- UDA Holdings Berhad (UDA) mengagihkan RM58,000 sumbangan zakat kepada kanak-kanak asnaf dan anak yatim di sekitar Lembah Klang pada tahun ini menerusi program tanggungjawab sosial korporatnya, UDA Cares.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick berkata program itu merupakan acara tahunan UDA untuk membantu golongan yang memerlukan.

“Saya sangat menghargai komitmen serta inisiatif UDA dan juga agensi lain di bawah kementerian yang ingin membantu anak-anak golongan asnaf bersempena bulan Ramadan,” katanya kepada pemberita selepas penyerahan sumbangan itu pada Majlis Berbuka Puasa UDA Bersama Media di Boathouse, Ampang, yang turut dihadiri Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif UDA Datuk Seri Mohd Salem Kailany.

Sebanyak RM10,000 disalurkan kepada lima pertubuhan bukan kerajaan (NGO) iaitu Pusat Jagaan Penyayang Nur Iman Kuala Lumpur, Pertubuhan Kebajikan Nur Syaheera Kuala Lumpur dan Rumah Permata Hatiku.

Sumbangan turut diberikan kepada Rumah Anak Yatim Shifa serta Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim dan Miskin Baitu Saidati Khadijah sebagai persediaan sambutan bulan Ramadan serta Hari Raya Aidilfiltri yang bakal tiba.

-- BERNAMA

 

 

PERTUBUHAN BERITA NASIONAL MALAYSIA (BERNAMA)
Wisma BERNAMA
No. 28 Jalan BERNAMA,
Off Jalan Tun Razak,
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

+603-2693 9933
helpdesk[at]bernama.com

Kategori

Berita
Rohani Ramadan
Waktu Berbuka
Video

Ikut Kami

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan