Modi Ucap Selamat Hari Raya Aidilfitri Kepada Anwar Dan Rakyat Malaysia

21/04/2023 04:19 PM

KUALA LUMPUR, 21 April (Bernama) -- Perdana Menteri India Narendra Modi mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan rakyat Malaysia. 

Modi, melalui surat yang diutus kepada Anwar, menyatakan sejak sebulan lalu, umat Islam di India, Malaysia dan di seluruh dunia menyambut bulan suci Ramadan dan berpuasa, bersedekah serta berdoa. Seramai 200 juta umat Islam di India turut meraikannya dengan penuh kasih sayang dan kebersamaan.

“Sempena Hari Raya Aidilfitri, Modi melalui sepucuk surat yang diutus kepada Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim, bagi pihak beliau dan rakyat serta Kerajaan India, mengucapkan selamat maju jaya kepada Perdana Menteri dan rakyat Malaysia," menurut kenyataan akhbar Suruhanjaya Tinggi India di Malaysia.

Sempena sambutan Aidilfitri, Modi turut berdoa untuk keharmonian, keamanan dan perpaduan rakyat di seluruh dunia. 

Modi turut menyatakan keyakinan terhadap hubungan akrab yang berterusan antara India dan Malaysia dan mendoakan kesihatan serta kesejahteraan Anwar.

-- BERNAMA

PERTUBUHAN BERITA NASIONAL MALAYSIA (BERNAMA)
Wisma BERNAMA
No. 28 Jalan BERNAMA,
Off Jalan Tun Razak,
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

+603-2693 9933
helpdesk[at]bernama.com

Kategori

Berita
Rohani Ramadan
Waktu Berbuka
Video

Ikut Kami

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan