Manfaatkan Ramadan Sebagai Momentum Perkukuh Ukhuwah, Pelihara Perpaduan - Tpm

11/03/2024 08:20 PM

KUALA LUMPUR, 11 Mac (Bernama) --  Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyeru umat Islam di Malaysia supaya memanfaatkan bulan Ramadan ini sebagai momentum untuk memperkukuh ukhuwah, memulihkan hubungan sesama insan dan memelihara perpaduan.

Mengucapkan selamat menunaikan ibadah puasa kepada seluruh umat Islam di Malaysia bermula esok, Ahmad Zahid, yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, berkata Ramadan adalah bulan yang penuh keberkatan dan kerahmatan yang terisi di dalamnya pelbagai nikmat untuk kita mengecap ketakwaan dan keampunan daripada Allah SWT. 

“Dengan ucapan Ahlan wa sahlan… Marhaban ya Ramadan… Marilah kita sambut Ramadan dengan hati yang bersih, fikiran yang jernih dan amalan yang soleh.

“Semoga bulan Ramadan ini membawa kebaikan, kesejahteraan dan keampunan bagi kita semua," katanya dalam hantaran di laman Facebook hari ini.

Semalam, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad mengumumkan umat Islam di Malaysia akan mula berpuasa esok.

-- BERNAMA

 

 

PERTUBUHAN BERITA NASIONAL MALAYSIA (BERNAMA)
Wisma BERNAMA
No. 28 Jalan BERNAMA,
Off Jalan Tun Razak,
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

+603-2693 9933
helpdesk[at]bernama.com

Kategori

Berita
Rohani Ramadan
Waktu Berbuka
Video

Ikut Kami

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan