Mandarin Oriental Kl Perkenal Bufet Astaka Selera Impian Sempena Ramadan

12/03/2024 04:35 PM

KUALA LUMPUR, 12 Mac (Bernama) -- Mandarin Oriental Kuala Lumpur hari ini mengumumkan pelancaran sajian bufet Astaka Selera Impian dari 11 Mac hingga 9 April ini, sempena ketibaan bulan Ramadan yang mulia.

Mandarin Oriental dalam kenyataan hari ini berkata bufet itu akan membawa tetamu merasai pengalaman menikmati cita rasa enak, menampilkan yang terbaik di Malaysia, dengan sentuhan ciri-ciri keistimewaan Timur Tengah.

Bufet Astaka Selera Impian akan menampilkan masakan Malaysia utama yang menyelerakan seperti Udang Galah Lemak Asam Nenas, Siput Sedut Lemak Kuning, Puyuh Goreng Berempah Bonda, di samping stesen ukiran langsung menampilkan hidangan utama seperti Roast Lamb dan Doner Kebab, yang diadun dengan rempah ratus dari Timur Tengah.

“Pilihan bufet disediakan di dua lokasi Dewan Utama iaitu Mosaic dan Diamond. Struktur sebuah astaka indah mengambil inspirasi dari Timur Tengah melengkapkan hidangan bufet Ramadan, dan menyediakan persekitaran mengasyikkan buat para tetamu bersama-sama meraikan bulan mulia ini dengan penuh bergaya,” menurut kenyataan itu.

Bagi keluarga yang ingin menikmati bufet ini, pihak hotel turut menyediakan Little Club Explorer di Aras 3 yang dibuka kepada kanak-kanak berumur 4 hingga 11 tahun hingga pukul 9 malam setiap hari sepanjang bulan Ramadan untuk pelbagai aktiviti bertemakan Ramadan secara percuma.

Bufet ditetapkan dari pukul 6 petang hingga 10.30 malam setiap hari, berharga RM298 untuk dewasa dan RM168 untuk kanak-kanak berumur 6 hingga 11 tahun, manakala bagi kanak-kanak berumur 5 tahun ke bawah, ia adalah percuma.

Bagi mereka yang mencari pilihan hadiah, The Mandarin Cake Shop menawarkan pelbagai sajian tempatan yang lazat untuk pada bulan ini, seperti kek dan biskut istimewa hari raya.

Hidangan lazat ini boleh didapati secara terus di kedai berkenaan dan juga menerusi tempahan secara dalam talian (kualalumpur.mandarinorientalshop.com) mulai 11 Mac, dan tempahan perlu dibuat 48 jam lebih awal untuk pengambilan atau penghantaran.

Untuk tempahan Astaka Selera Impian Buffet, call 03-2330 8888 or email mokul-fb@mohg.com while for information regarding Raya treats can visit MOKUL-CakeShop@mohg.com.

-- BERNAMA

 

Penafian: Ini adalah artikel advertorial berbayar. BERNAMA tidak bertanggungjawab terhadap kandungan, ketepatan dan pendapat yang disiarkan dalam artikel tersebut.

PERTUBUHAN BERITA NASIONAL MALAYSIA (BERNAMA)
Wisma BERNAMA
No. 28 Jalan BERNAMA,
Off Jalan Tun Razak,
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

+603-2693 9933
helpdesk[at]bernama.com

Kategori

Berita
Rohani Ramadan
Waktu Berbuka
Video

Ikut Kami

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan