KUALA LUMPUR, 26 Mac (Bernama) -- Perbadanan Nasional Berhad (Pernas) menyantuni 60 anak asnaf dan ibu tunggal sekitar Kampung Kerinchi dengan menghulurkan sumbangan bagi meringankan beban mereka dalam membuat persiapan Aidilfitri.
Pernas dalam kenyataan hari ini memaklumkan program Sinar Ramadan Pernas 2024 merupakan aktiviti tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat itu yang pertama tahun ini melibatkan jumlah sumbangan sebanyak RM20,000 kepada penerima termasuk Masjid Ar-Rahah, Kampung Kerinchi.
“Inisiatif program CSR Sinar Ramadan ini sebagai tanda keprihatinan syarikat membantu golongan memerlukan untuk persiapan menyambut bulan Syawal,” menurut Pernas.
Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi Pernas Tengku Mohamed Fadhli Tengku Hamzah dalam kenyataan sama berkata Pernas terus komited melaksanakan program-program CSR menerusi tiga teras iaitu keusahawanan, pendidikan dan kebajikan masyarakat.
Beliau berkata Pernas di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) mempunyai beberapa lagi inisiatif CSR yang akan dilaksanakan tahun ini bagi membantu golongan memerlukan.
-- BERNAMA
PERTUBUHAN BERITA NASIONAL MALAYSIA (BERNAMA)
Wisma BERNAMA
No. 28 Jalan BERNAMA,
Off Jalan Tun Razak,
50400 Kuala Lumpur
Malaysia
+603-2693 9933
helpdesk[at]bernama.com
Kategori
• Berita
• Rohani Ramadan
• Waktu Berbuka
• Video
© 2024 BERNAMA • Penafian • Dasar Privasi • Dasar Keselamatan