Agong Seru Umat Islam Hayati Pengajaran Bermakna Ayat-ayat Al-quran

02/04/2024 04:39 PM

KUALA LUMPUR, 2 April (Bernama) -- Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim mengajak seluruh umat Islam di negara ini untuk menghayati pengajaran bermakna daripada ayat-ayat al-Quran, sempena 10 hari terakhir bulan Ramadan ini.

Seri Paduka Baginda bertitah ini kerana kestabilan dan keharmonian yang sedia terjalin akan musnah sekiranya umat Islam gagal memelihara nilai-nilai yang dibawa oleh agama.

"Kegagalan ini akan menyebabkan konflik yang akhirnya membawa krisis kemanusiaan,” titah Sultan Ibrahim menerusi hantaran di laman media sosial rasmi Seri Paduka Baginda hari ini.

Sultan Ibrahim bertitah supaya umat Islam menjadikan al-Quran sebagai panduan dalam hidup masyarakat berbilang bangsa serta agama untuk saling hormat-menghormati serta jangan bersangka buruk terhadap orang lain.

"Semoga negara kita sentiasa terpelihara dan terlindung daripada anasir-anasir melampau yang menggugat kesejahteraan sejagat," titah Yang di-Pertuan Agong.

-- BERNAMA

 

 

 

 

PERTUBUHAN BERITA NASIONAL MALAYSIA (BERNAMA)
Wisma BERNAMA
No. 28 Jalan BERNAMA,
Off Jalan Tun Razak,
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

+603-2693 9933
helpdesk[at]bernama.com

Kategori

Berita
Rohani Ramadan
Waktu Berbuka
Video

Ikut Kami

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan