Pereka Antarabangsa 13 Negara Hasilkan Koleksi Aidilfitri Malabar Gold & Diamonds

04/04/2024 12:34 PM

KUALA LUMPUR, 4 April (Bernama) -- Bersempena Aidilfitri tahun ini, Malabar Gold & Diamonds menampilkan koleksi istimewa rekaan khas para pereka antarabangsa daripada 13 negara dengan hasil kerja tangan begitu halus dan terperinci, pastinya mempunyai kelainan berbanding yang lain. 

Menurut kenyataan Malabar Gold & Diamonds koleksi Hari Raya tahun ini menampilkan koleksi NOUR yang diinspirasikan dari Timur Tengah dengan warna emas lebih matte dan tampil lebih elegan serta tidak begitu berkilauan. 

Sementara itu, koleksi BELLA menonjolkan rekaan lebih kontemporari dengan kombinasi emas putih, emas rose serta emas kuning manakala ELLAN yang diinspirasikan daripada elemen flora dan fauna menampilkan rekaan 3D dengan kelopak-kelopak bunga lebih mekar dan menarik. 

"Matlamat utama Malabar Gold & Diamonds adalah untuk memberikan sesuatu yang unik dan istimewa kepada peminat barangan kemas tempatan. 

"Rekaan yang cantik, harga mampu milik dan yang paling utama ialah kepuasan kepada pelanggan dengan pengalaman perkhidmatan yang terbaik di Malabar Gold & Diamonds," menurut kenyataan itu di sini, hari ini. 

Menurut Malabar Gold & Diamonds busana dan tudung sedondon, tidak sempurna tanpa seutas gelang emas atau rantai di leher dan barangan kemas kini bukan lagi pembaziran, sebaliknya terbukti mempunyai nilai pelaburan menguntungkan. 

"Jika mampu, hadiahkan seutas rantai atau cincin emas sebagai tanda kasih sayang dan penghargaan kepada yang tersayang, terdapat pelbagai koleksi unik lagi eksklusif di kedai-kedai emas Malabar Gold & Diamond," menurut kenyataan itu.  

Bersempena Aidilfitri tahun ini, Malabar Gold & Diamonds menawarkan pembelian balik 100 peratus tanpa susut nilai kepada barangan emas lama pelanggan yang dibeli dari kedai lain dengan pembelian barangan berlian. 

"Sekiranya, pelanggan tidak membeli barangan berlian dan ingin menukarkan balik barangan emas lama mereka, Malabar akan membeli balik barangan emas lama dengan potongan hanya lapan peratus.

"Contoh, sekiranya harga emas yang dijual di Malabar Gold & Diamonds hari ini RM324 segram, barangan emas lama pelanggan akan dibeli dengan harga RM298 segram, sekiranya pelanggan ingin mendapatkan tunai, potongan hanya lima peratus akan dikenakan untuk barangan yang dibeli di Malabar Gold & Diamonds,” menurut kenyataan itu.

Sebelum ini, tawaran pembelian balik 100 peratus tanpa susut adalah untuk barangan emas atau berlian yang dibeli dari Malabar Gold & Diamonds.

Bertemakan Mulianya Ramadan, Indahnya Lebaran, kempen Malabar Gold & Diamonds tahun ini mengetengahkan rumah papan Melayu lama, lebih dikenali Rumah Kampung yang dihiasi lampu kelip-kelip dan lampu pelita di keliling halaman bagi menyambut kedatangan Ramadan dan Syawal. 

"Pastinya ia mengalu-alukan kepulangan anak cucu ke kampung halaman. Kita sangatlah beruntung, Ramadan disambut dengan penuh kesempurnaan, bersahur, berbuka puasa bersama keluarga, solat tarawih dan moreh bersama," menurut Malabar Gold & Diamonds.

Malabar Gold and Diamonds telah berada di Malaysia sejak 2015 dengan sembilan bilik pameran antaranya di Ampang Point, Jalan Bunus, Masjid India di sini, Klang dan Mydin Mall, Subang Jaya, Selangor; Seremban Mydin Mall dan Seremban 2, Negeri Sembilan; Pulau Pinang serta Ipoh, Perak. 

Empayar perniagaan Malabar Gold & Diamond diasaskan oleh M. P. Ahammed di Kerala, India pada 1993 dan kini mempunyai lebih 340 cawangan meliputi India; Dubai, Emiriah Arab Bersatu; Qatar, Oman, Arab Saudi, Bahrain, Kuwait, Amerika Syarikat, United Kingdom, Singapura, Turkiye serta Australia.

Baru-baru ini jenama berkenaan mendapat pengiktirafan dari Delloitte Global Luxury Goods sebagai jenama mewah di tangga ke-19, mendahului kesemua jenama barangan kemas yang lain. 

-- BERNAMA

 

Penafian: Ini adalah artikel advertorial berbayar. BERNAMA tidak bertanggungjawab terhadap kandungan, ketepatan dan pendapat yang disiarkan dalam artikel tersebut.


 

 

 

PERTUBUHAN BERITA NASIONAL MALAYSIA (BERNAMA)
Wisma BERNAMA
No. 28 Jalan BERNAMA,
Off Jalan Tun Razak,
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

+603-2693 9933
helpdesk[at]bernama.com

Kategori

Berita
Rohani Ramadan
Waktu Berbuka
Video

Ikut Kami

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan