RAMALLAH, 16 April (Bernama-Xinhua) -- Presiden Palestin Mahmoud Abbas mengumumkan pada Isnin, pembentukan lembaga pengarah baharu bagi Dana Pelaburan Palestin, lapor Xinhua.
Agensi berita Palestin WAFA melaporkan bahawa anggota lembaga dana itu termasuk Eyad Judah, Maher al-Masri, Mohammad Nasr, Tamer Bazzari, Atef Allawneh, Mohammad Abu Ramadan, Ali Abu Diyak, Lena Abu Hajleh dan Firas Malham.
Dana itu yang ditubuhkan pada 2003, beroperasi sebagai syarikat pegangan saham awam yang berdaftar dengan Kementerian Ekonomi Negara. Ia memberi tumpuan kepada pelaburan dalam sektor utama termasuk tenaga, penjagaan kesihatan, telekomunikasi, ekonomi digital, industri, perdagangan, pertanian, hartanah dan pelancongan.
Dana itu diwujudkan menerusi pemindahan aset yang sebelum ini diuruskan Pihak Berkuasa Palestin. Mohammad Mustafa berkhidmat sebagai Pengerusinya dari Januari 2009 sehingga beliau ditugaskan pada 14 Mac sebagai Perdana Menteri Palestin.
-- BERNAMA-XINHUA
PERTUBUHAN BERITA NASIONAL MALAYSIA (BERNAMA)
Wisma BERNAMA
No. 28 Jalan BERNAMA,
Off Jalan Tun Razak,
50400 Kuala Lumpur
Malaysia
+603-2693 9933
helpdesk[at]bernama.com
Kategori
• Berita
• Rohani Ramadan
• Waktu Berbuka
• Video
© 2024 BERNAMA • Penafian • Dasar Privasi • Dasar Keselamatan