Ramadan: Penjawat Awam Wanita Di Negeri Sembilan Pulang Awal Setiap Jumaat

19/02/2025 06:18 PM

SEREMBAN, 19 Feb (Bernama) -- Hampir 2,500 penjawat awam wanita di bawah pentadbiran kerajaan Negeri Sembilan dibenarkan pulang seawal 2 petang pada setiap hari Jumaat bersempena dengan Ramadan kali ini.

Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun berkata mereka yang terlibat hanya berkerja di bawah pentadbiran kerajaan negeri dan tidak termasuk di bawah Persekutuan.

"Waktu kerja anjal di negeri ini dilaksanakan untuk wanita sahaja, pada setiap hari Jumaat masuk 7.30 pagi dan balik 2 petang, mereka tiada rehat dan tiada sembahyang Jumaat, jadi mereka boleh terus pulang.

"Bagi lelaki, selepas sembahyang Jumaat masuk balik kerja seperti biasa, tidak mengapa, kerja pada bulan Ramadan itu pahala," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Wisma Negeri di sini hari ini.

Dalam pada itu, Aminuddin berkata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka mengadakan Majlis Berbuka Puasa bersama rakyat di Negeri Sembilan pada 16 Mac ini di Tampin membabitkan lebih 1,000 hingga 1,500 penduduk sekitar.

-- BERNAMA

 

 

 

 

PERTUBUHAN BERITA NASIONAL MALAYSIA (BERNAMA)
Wisma BERNAMA
No. 28 Jalan BERNAMA,
Off Jalan Tun Razak,
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

+603-2693 9933
helpdesk[at]bernama.com

Kategori

Berita
Rohani Ramadan
Waktu Berbuka
Video

Ikut Kami

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan