KUALA LUMPUR, 23 Feb (Bernama) -- Pejabat Parlimen Lembah Pantai menyalurkan sumbangan sebanyak RM40,000 kepada 40 surau di kawasan Parlimen itu bagi menyemarakkan aktiviti sepanjang bulan Ramadan.
Ahli Parlimen Lembah Pantai Fahmi Fadzil yang juga Menteri Komunikasi berkata sumbangan itu diberikan dalam bentuk wang tunai berjumlah RM1,000 kepada setiap surau untuk menyokong pelaksanaan aktiviti moreh sempena ketibaan Ramadan 1447H.
“Semoga segala amalan kita pada bulan Ramadan kali ini lebih bermakna dan lebih baik daripada tahun yang sebelumnya,” katanya dalam hantaran di X malam ini.
-- BERNAMA
PERTUBUHAN BERITA NASIONAL MALAYSIA (BERNAMA)
Wisma BERNAMA
No. 28 Jalan BERNAMA,
Off Jalan Tun Razak,
50400 Kuala Lumpur
Malaysia
+603-2693 9933
helpdesk[at]bernama.com
Kategori
• Berita
• Rohani Ramadan
• Waktu Berbuka
• Video
© 2025 BERNAMA • Penafian • Dasar Privasi • Dasar Keselamatan