Seminar Puasa dan Kesihatan: Maqasid Puasa Dan Tahap Kesihatan Yang Baik Dalam Mencari Ketakwaan

16/03/2022 04:45 PM

KUALA LUMPUR, 16 Mac (Bernama) -- Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) dan Hospital Pakar Al-Islam telah menganjurkan Seminar Puasa dan Kesihatan 2022 pada 16 Mac 2022, bertempat di Dewan Besar IKIM. Seminar ini membawa tema “Maqasid Puasa dan Tahap Kesihatan Yang Baik Dalam Mencari Ketakwaan.” Objektif seminar ini dilaksanakan untuk memberi penerangan berkaitan Maqasid Puasa di dalam menghadapi Madrasah Ramadan tahun ini, menyemarakkan sambutan Ramadan dalam kalangan masyarakat dan memberi garis panduan bagi pesakit dan persedian untuk berpuasa dalam usaha mencapai kecemerlangan beribadah.

Perasmian seminar ini telah disempurnakan oleh YBrs. Prof. Madya Dr Mohamed Azam Mohamed Adil, Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM). Seminar ini mengupas pelbagai isu berkaitan kesihatan ketika berpuasa seperti COVID-19, penyakit diabetes, penyakit jantung, wanita mengandung, penyakit asma, dan pesakit barah. Isu-isu kesihatan seperti ini telah dikupas oleh pakar dan perunding kesihatan yang terkemuka seperti: