Program Singgah Sahur Ramadan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) Dengan Kerjasama Yayasan Food Bank Malaysia

11/04/2022 08:40 AM

KUALA LUMPUR, 11 April (Bernama) -- Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) melalui Pasukan Bomba Sukarela (PBS) HASiL, Persatuan Kebajikan Islam (PERKIS) Cawangan Cheras,  dan Srikandi HASiL Cheras telah menjalinkan kerjasama dengan Yayasan Food Bank Malaysia bagi menjayakan Program Singgah Sahur Ramadan bagi menyantuni petugas-petugas barisan hadapan (frontliners) serta golongan yang kurang bernasib baik di sekitar Lembah Klang.

Program yang bermula seawal jam 3.00 pagi tersebut melibatkan 23 orang Hasilian dengan lapan buah kenderaan serta dua orang wakil daripada Yayasan Food Bank Malaysia telah mensasarkan sebanyak lima lokasi singgah sahur. Antara lokasi yang terlibat ialah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras, Balai Bomba dan Penyelamat Pudu, Balai Bomba dan Penyelamat Sri Hartamas, Anjung Singgah Yayasan Kebajikan Negara dan Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur.