ShopeePay tawar penerima ePemula tambahan baucar bernilai RM500
KUALA LUMPUR, 11 April (Bernama) -- ShopeePay pada Isnin mengumumkan penerima ePemula yang berjaya bukan sahaja akan menerima kredit RM150 e-dompet apabila menebus dengan ShopeePay malah baucar bernilai RM500, menjadikan jumlah faedah adalah RM650.
Menurut ShopeePay, baucar RM500 itu meliputi RM90 baucar ShopeePa, RM310 baucar ShopeeFood, RM50 baucar Shopee Mall serta RM50 baucar YES untuk SIM dan data.
“Kredit RM150 ePemula juga boleh digunakan untuk transaksi luar talian dalam kedai merangkumi pelbagai rakan kongsi di seluruh negara manakala baucar tambahan RM500 boleh digunakan untuk transaksi luar talian dan dalam talian pada aplikasi.
“Pakej ini dirangka khas untuk menawarkan penjimatan lebih besar kepada belia bagi barangan seperti alat pembelajaran untuk pengajian mereka, atau bekalan rumah dan keperluan penting,” menurut ShopeePay dalam kenyataan hari ini.
Ia menambah, dengan pelbagai jenama popular yang menerima ShopeePay sebagai pilihan pembayaran, belia boleh menjangkakan banyak penjimatan apabila membeli-belah semasa Ramadan dan perayaan Aidilfitri yang akan datang.
ShopeePay menjelaskan Program ePemula dibuka untuk pendaftaran kepada warganegara Malaysia berumur 18 hingga 20 tahun pada 2022, atau pelajar sepenuh masa yang mengikuti kursus setaraf diploma atau Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 4 (SKM4) dan ke atas di institusi pengajian tinggi awam dan swasta tempatan yang berdaftar.
Ketua ShopeePay Malaysia, Alain Yee berkata Shopee yakin ePemula akan memainkan peranan yang lebih besar untuk menjana aktiviti ekonomi dan jualan secara serentak untuk peniaga dan peniaga tempatan.
“Apabila lebih ramai pengguna Malaysia memasuki ekosistem tanpa tunai, perniagaan lebih kecil seperti kedai serbaneka, kafe tempatan dan peniaga mikro juga akan melihat keperluan untuk menggunakan kaedah pembayaran tanpa tunai sebagai sebahagian operasi mereka untuk memastikan mereka tidak ketinggalan.
“Dorongan digital ini akan menjadi kemenangan bagi ekonomi digital negara,” katanya.
Beliau berkata sebagai syarikat yang mengutamakan pengguna, pihaknya sentiasa berinovasi untuk memberi perkhidmatan kepada pengguna.
“Melalui ePemula, kami gembira diberi peluang untuk menggalakkan lebih ramai belia Malaysia menerima penggunaan tanpa tunai dan menggunakan ShopeePay untuk merasai kemudahan dan keselamatan serta ganjaran yang ditawarkan oleh dompet mudah alih kami,” katanya.
Layari https://shopee.com.my/m/epemula untuk menuntut kredit RM150 di bawah program ePemula di ShopeePay dan mendapatkan baucar tambahan RM500 dijamin, tertakluk kepada terma dan syarat.
-- BERNAMA