Bank Muamalat Anjur Program Rewang Ramadan

22/04/2022 09:17 AM

KUALA LUMPUR, 22 April (Bernama) -- Bank Muamalat Malaysia Berhad (Bank Muamalat) telah menganjurkan Program Rewang Ramadan di 13 buah negeri secara serentak, bagi mengeratkan silaturahim dengan masyarakat setempat dan menyemarakkan sambutan bulan Ramadan pada 21 April 2022.

Program Rewang Ramadan melibatkan aktiviti menyediakan bubur lambuk di masjid dan surau di 13 lokasi terpilih. Seramai 300 kakitangan Bank Muamalat daripada 67 cawangan terbabit dalam program ini.