MFA Rai Anak Yatim Sempena Ramadan

28/04/2022 01:28 PM

KUALA LUMPUR, 28 April (Bernama) -- Bersempena kemuliaan bulan Ramadan dan sambutan Aidilfitri yang bakal menjelang tiba, Persatuan Francais Malaysia (MFA) telah menganjurkan Program Franchise CSR: Sumbangan Aidilfitri untuk meraikan anak-anak yatim di Rumah Anak-anak Yatim Baitun Nurrawdhah di Keramat.

Pengerusi MFA, Datuk Dr. Radzali Hassan berkata, program CSR ini diadakan bertujuan untuk menceriakan dan memberi keriangan kepada 36 orang anak yatim yang menghuni di Rumah ini termasuk menaja Majlis Berbuka Puasa, baju raya serta memberikan sumbangan berbentuk duit raya.