Lazada 5.5 Tawar Ribuan Promosi Menarik, Penjimatan Sempena Hari Ibu Dan Hari Guru
KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Lazada 5.5 Jualan Kasih Berganda yang akan berlangsung pada 5 hingga 9 Mei ini bakal menawarkan ribuan promosi menarik dan penjimatan hebat bagi membantu masyarakat mendapatkan produk berkualiti dan unik dengan harga berbaloi sebagai hadiah Hari Ibu dan Hari Guru.
Lazada dalam kenyataan memaklumkan, bersempena dengan sambutan yang bakal tiba itu, pelbagai promosi produk seperti jam tangan pintar, wangian, kerusi urut, pakaian, aksesori fesyen, bunga segar, makanan dan minuman, rawatan spa, peralatan dapur, tiket pelancongan dan banyak lagi yang boleh dijadikan sebagai hadiah ditawarkan.
“Sebelum Jualan 5.5 bermula secara rasmi pada 5 hingga 9 Mei, para pelanggan digalakkan ‘add to cart’ (tambah ke troli) produk idaman dan barang keperluan yang ingin dibeli pada 1 hingga 4 Mei 2023,” menurut kenyataan itu.
Dalam masa sama, menerusi LazMall Brand Mega Offer (BMO) pelanggan Lazada juga boleh menikmati diskaun hebat hingga 50 peratus dari 1 hingga 5 Mei dan baucar seluruh kedai bagi jenama terkemuka antaranya MAC, Timberland, Getha, Samsonite, Philips, Blackmores, Logitech dan banyak lagi.
“Sepanjang kempen tersebut, para pelanggan juga boleh merebut promosi istimewa bagi kategori berbeza, antaranya kelengkapan rumah (6 Mei), elektronik (7 Mei), fesyen (8 Mei), dan barangan runcit (9 Mei),” menurut kenyataan itu.
Bagi pelanggan yang ingin mendapatkan tawaran terbaik semasa Jualan 5.5, LazFlash bakal membawakan diskaun dengan potongan hingga 90 peratus malah boleh menikmati penjimatan pelbagai jenama antarabangsa menerusi pulangan tunai (everyday cashback) dan penghantaran percuma (free shipping).
“Sepanjang 1 hingga 9 Mei 2023, kumpul LazBonus setiap hari dan nikmati potongan RM9 bagi setiap pembelian bernilai RM90. Di samping itu, untuk menggandakan penjimatan, pilih produk yang mempunyai tanda atau lencana Everyday Cashback untuk mendapatkan pulangan tunai 50 peratus yang boleh digunakan untuk pembelian akan datang bagi produk yang lebih kurang sama.
“Selain itu, LazCoins boleh digunakan sebagai pulangan tunai dan para pelanggan boleh mendapatkan sehingga 550 LazCoins dengan pembelian minimum RM50 untuk produk terpilih pada 5 hingga 9 Mei atau pulangan tunai LazCoins sehingga 50 peratus tanpa pembelian minimum (maksimum 200 LazCoins) bagi semua produk,” menurut kenyataan itu.
Pelanggan yang menantikan penghantaran percuma dari 5 hingga 9 Mei nanti boleh mengumpul baucar Penghantaran Percuma setiap hari dengan hanya klik pada ikon ‘Free Shipping’ untuk mendapatkan diskaun penghantaran RM5 dengan pembelian minimum RM30, serta diskaun penghantaran RM8 dengan pembelian minimum RM60, atau diskaun penghantaran RM15 dengan pembelian minimum RM80.
Baucar penghantaran percuma, pulangan tunai, LazCoins, baucar dari kedai dan platform boleh digunakan bersama untuk penjimatan maksimum.
Sepanjang tempoh Lazada 5.5, platform jualan dalam talian itu juga akan mengadakan Crazy Livestream Sales iaitu pelanggan boleh mendapatkan tawaran memukau dan baucar diskaun antara lain untuk alat kelengkapan rumah, kesihatan dan kecantikan, elektronik dan banyak lagi.
“Pada 5 Mei, jangan lupa untuk menyaksikan siaran langsung dari 10 pagi hingga 1 tengah hari, 2 hingga 5 petang atau 8 hingga 10 malam untuk merebut tawaran terhebat bagi kategori Health & Beauty, Groceries, dan Home & Tech.
“Untuk penjimatan berganda, tawaran istimewa juga akan dilangsungkan pada 6 Mei bagi kategori barangan umum dan 7 Mei untuk produk elektronik. Strim langsung pada 8 hingga 9 Mei juga bakal memaparkan fesyen trending, dan juga tawaran hebat untuk tiket pelancongan, makanan dan minuman, serta pelbagai baucar yang menarik,” menurut kenyataan itu.
Pelanggan Lazada juga berpeluang untuk mendapatkan Baucar Digital menarik seperti tiket taman tema, makanan dan minuman, rawatan spa, dan pelbagai lagi baucar atau tiket produk gaya hidup dengan tawaran serendah RM10 dan diskaun sebanyak 80 peratus.
Selain itu, Lazada juga menawarkan promosi pada harga serendah RM5.50 dan baucar diskaun sehingga 50 peratus untuk barangan elektronik, pakaian, barangan kesihatan dan kecantikan dan banyak lagi pada platform LazGlobal bagi mereka yang mendapatkan produk menarik terus dari Jepun, Korea, Hong Kong, China, Indonesia dan Thailand.
Sementara itu dalam kenyataan sama, Lazada turut memaklumkan pihaknya telah meneruskan usaha membantu komuniti yang memerlukan sepanjang bulan Ramadan dan Syawal menerusi kempen derma amal ‘Membeli Untuk Memberi’ yang merupakan inisiatif impak sosial positif, dengan kolaborasi bersama rakan badan bukan kerajaan (NGO) Islamic Relief Malaysia dan MyFundAction.
“Van dan trak Lazada Logistics telah digerakkan ke Kelantan, Pahang, Kedah, Penang, Perak, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Selangor dan Kuala Lumpur bagi mengagihkan 4,500 set pek prihatin ‘Pakej Raya’ yang mengandungi keperluan makanan asas kepada 19,000 keluarga berpendapatan rendah, rumah jagaan orang tua dan rumah anak yatim,” menurut kenyataan itu.
Pada April lepas, Lazada juga telah mendermakan 200 set pek makanan berbuka puasa kepada anak yatim, warga emas dan para penjaga di Rumah Limpahan Kasih serta Pusat Jagaan dan Rawatan Orang Tua Al-Ikhlas di Puchong, Selangor demi menghargai insan istimewa dari komuniti yang memerlukan.
Lazada Malaysia turut mengadakan Majlis Berbuka Puasa khas bersama Selangor Information Technology and Digital Economy Corporation (SIDEC).
Sebagai sebahagian daripada kerjasama strategik dengan SIDEC, 30 penjual cemerlang Lazada juga diperkasakan untuk menggiatkan perniagaan di Festival Usahawan Gempak di Stadium Malawati Shah Alam, pada 7 hingga 9 April 2023, dengan menjual pelbagai produk seperti baju raya, tudung, aksesori fesyen, kuih raya, produk makanan dan pelbagai barangan permintaan ramai.
-- BERNAMA