Four Points By Sheraton Tawar 60 Masakan Lazat Tempatan Untuk Bufet Iftar
KUALA LUMPUR, 12 Mac (Bernama) -- Dengan bermulanya bulan Ramadan yang mulia, Four Points by Sheraton menawarkan pilihan 60 perisa asli ‘masakan desa’ yang digemari ramai di The Mesh Kuala Lumpur untuk berbuka puasa bermula hari ini hingga 9 April.
Four Points by Sheraton dalam kenyataan hari ini berkata bufet Nostalgia Desa memperkenalkan pengalaman menjamu selera dalam nostalgia, menampilkan pelbagai masakan etnik yang oleh chef tempatan restoran itu.
“Sajian bufet mengundang selera kepada yang ingin mencuba, untuk memuaskan selera mereka dengan hidangan utama chef seperti Sup Gear Box Raja, Bubur Lambuk, klasik Dulang Kampung, Nasi Apollo, Kambing Golek dan Mee Tonggek,” katanya.
Selain daripada hidangan utama yang menakjubkan, bufet Ramadan turut menawarkan pencuci mulut tradisional yang menyelerakan seperti Bubur Pulut Hitam, Bubur Jagung Manis dan Bubur Kacang Merah Seri Melayu.
Restoran yang dibuka sepanjang hari itu turut menampilkan banyak stesen langsung serta stesen 'warung' dalam suasana yang meraikan semangat kemasyarakatan, meningkatkan pengalaman menikmati jamuan dengan meriah, sambil mempromosikan suasana seperti berada di rumah sendiri.
Bufet Ramadan berharga RM228 setiap orang untuk dewasa dan RM114 untuk kanak-kanak itu juga boleh didapati di Four Points Kuala Lumpur City Centre dan Renaissance Kuala Lumpur.
Penggemar makanan boleh melawat laman web The Mesh di www.themeshkl.com atau hubungi 03 2706 9099 untuk mengetahui lebih lanjut tentang menu menarik yang ditawarkan dan membuat tempahan.
-- BERNAMA
Penafian: Ini adalah advertorial berbayar. BERNAMA tidak bertanggungjawab ke atas kandungan, ketepatan dan pendapat yang terdapat dalam artikel tersebut.