Bank Muamalat Anjur Karnival Ramadan Teristimewa Bersama Buat Julung Kali

14/03/2024 10:57 AM

KUALA LUMPUR, 14 Mac (Bernama) -- Bank Muamalat Malaysia Berhad (Bank Muamalat) buat julung kalinya akan menganjurkan “Karnival Ramadan Teristimewa Bersama” yang akan berlangsung bermula 18 Mac sehingga 22 Mac sempena bulan Ramadan ini.

Karnival yang akan berlangsung bermula 10 pagi hingga 4.30 petang di ibu pejabat Bank Muamalat, Jalan Melaka, di sini akan menempatkan lebih daripada 30 usahawan, perniagaan serta perkhidmatan seperti Tudung People, Mimpi Kita, AlHumaira, Songkok Bangsawan, Walaweh Dumpling, Tiger Lily Bake Cookies, Honda, Proton, Tabung Haji, Pusat Pungutan Zakat (PPZ) dan banyak lagi perniagaan dibuka untuk orang ramai.