Pernas Santuni Anak-anak Asnaf Dan Ibu Tunggal Melalui Program Csr Sinar Ramadan

25/03/2024 03:22 PM

KUALA LUMPUR, 25 Mac (Bernama) -- Seramai 60 anak-anak asnaf dan ibu-ibu tunggal dibantu melalui inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) Pernas yang pertama pada tahun ini di mana Pernas telah memperuntukkan belanjawan sebanyak RM20,000 untuk disumbangkan kepada para penerima dan juga sumbangan khas kepada Masjid Ar-Rahah.

Bagi meraikan dan membantu persiapan kelengkapan menyambut bulan Syawal, Pernas iaitu agensi di bawah kawal selia Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) menyantuni anak-anak asnaf dan ibu-ibu tunggal sempena Majlis Iftar dan Program CSR Sinar Ramadan Pernas 2024 di Masjid Ar-Rahah, Kampung Kerinchi.