Prasarana Sumbang Juadah Berbuka Kepada Petugas Bernama

01/04/2024 05:38 PM

KUALA LUMPUR, 1 April (Bernama) -- Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) hari ini menyumbangkan 310 pek makanan juadah berbuka puasa kepada petugas Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama).

Ketua Komunikasi Kumpulan Prasarana Adli Abdul Karim berkata sumbangan itu sebagai menghargai petugas Bernama yang banyak membantu menyiarkan berita berhubung aktiviti syarikat tersebut.

"Hari ini saya mewakili Prasarana menyantuni petugas media bersempena Ramadan. Kami memberikan juadah berbuka ini sebagai tanda penghargaan kerana menyokong Prasarana selama ini.

"Saya harap hubungan yang terjalin antara Prasarana dan Bernama akan terus erat untuk tahun-tahun mendatang," katanya selepas menyampaikan sumbangan berkenaan di sini. 

Turut hadir pada majlis itu Editor Eksekutif Perkhidmatan Berita Mohd Haikal Mohd Isa.

-- BERNAMA