Srettha Ucap Selamat Aidilfitri Kepada Umat Islam Thailand

10/04/2024 07:08 PM

BANGKOK, 10 April (Bernama) -- Perdana Menteri Thailand Srettha Thavisin pada Rabu mengucapkan Selamat Aidilfitri kepada semua umat Islam.

Jurucakap Kerajaan, Chai Watcharong berkata perdana menteri menyampaikan ucapan selamat maju jaya kepada semua umat Islam di Thailand dan luar negara.

"Aidilfitri menandakan berakhirnya puasa pada bulan Ramadan yang mulia. Ia menandakan kejayaan menyelesaikan ujian akidah mengikut prinsip agama," katanya dalam satu kenyataan di sini Rabu.

Umat Islam di Thailand menyambut Hari Raya Aidilfitri hari ini.

-- BERNAMA