LazAffiliates perkasa pencipta kandungan digital tempatan jana pendapatan

21/03/2023 09:02 PM

KUALA LUMPUR, 21 Mac (Bernama) -- Hampir 200 pencipta kandungan digital LazAffiliates termasuk Key Opinion Consumers (KOC) dan Key Opinion Leaders (KOL) berhimpun di The Grounds KL di sini pada Isnin sempena acara eksklusif LazXperience 2023. 

Menurut kenyataan Lazada, acara itu merupakan sebahagian daripada usaha syarikat berkenaan dalam menggalakkan para pencipta kandungan digital untuk menyertai dan mendapat manfaat daripada ekonomi digital melalui kandungan sosial, penstriman langsung dan keterlibatan kreatif dalam talian bersama pengikut mereka serta komuniti yang lebih luas di media sosial, laman sesawang, blog serta aplikasi dalam talian.

“Baru-baru ini, Lazada Malaysia telah memperbaharui program LazAffiliates dan di bawah pakej terbaharu, rakan sekutu boleh meraih komisen sehingga 80 peratus bagi setiap pembelian yang dijana oleh pautan yang dikongsi dalam kandungan digital mereka.

“Program tersebut juga telah diperkembang untuk berfungsi dengan lebih interaktif dan boleh diakses menerusi aplikasi LazAffiliates sekali gus membuka ciri-ciri utama yang membolehkan pencipta kandungan digital mengenal pasti produk kegemaran dengan lebih mudah ataupun barangan yang sedang sohor kini lantas menyesuaikannya dengan kecenderungan serta kehendak pengikut mereka sambil menjejak pesanan dan jumlah komisen yang telah diraih dengan lebih mudah,” menurut kenyataan itu. 

Timbalan Presiden Eksekutif, Ketua Pertumbuhan Pengguna dan Trafik Lazada Malaysia Rick Ting berkata:  Sebagai peneraju eDagang di rantau ini, kami sentiasa mencari jalan untuk menceriakan dan menarik minat para pengguna dalam talian serta komuniti pelanggan saluran omni.”

“LazAffiliates telah dikurasi khas bagi membolehkan rakyat Malaysia terutama para pelajar, graduan, generasi muda dan mereka yang muda di hati untuk menjana pendapatan dalam ekosistem eDagang.

“Dengan penambahbaikan terbaharu LazAffiliates, kami berharap ia dapat menggalakkan lebih banyak penyertaan dan menghubungkan pengguna dengan jenama yang dipromosi oleh pencipta kandungan lantas membolehkan mereka menjana pendapatan atas daya kreativiti masing-masing dan pada masa sama, mereka dapat berinteraksi dengan para pengikut dengan cara yang lebih menyeronokkan,” katanya. 

Menurut kenyataan itu, ‘LazXperience 2023’ turut menceriakan para hadirin dengan pelbagai aktiviti, kejutan, hadiah cabutan bertuah yang amat menarik, produk yang ditaja khas oleh Skechers, Casio, Wardah dan Skintific selain sesi perkongsian yang memaparkan tip dan cara untuk mengoptimumkan pendapatan sebagai rakan sekutu.

Turut hadir personaliti popular serta artis seperti Nadhir Nasar, Sharifah Rose, Ernie Zakri, Adriana Adnan, Dalia Farhana dan emsi Melissa Th’ng. 

Pada majlis itu, Lazada turut mengiktiraf pencapaian KOC berprestasi tinggi yang selama ini sangat aktif dan banyak menyumbang kepada pelbagai kempen Lazada dengan acara khas penyampaian Anugerah LazAffiliates 2022.

Ini termasuk LazAffiliates 2022 High Achiever Award yang diberikan kepada Sherlyn Goh, LazAffiliates 2022 New Ace Award (Mohamad Hambali Adenan), LazAffiliates 2022 Rising Star Award (Nurul Ain Shaari)  dan LazAffiliates 2022 The Advocate Award (Maisarah Mahasan). 

Kenyataan itu menyebut Lazada juga berkolaborasi dengan Islamic Relief Malaysia dan MyFund Action menerusi kempen derma amal ‘Membeli Untuk Memberi' Ramadan Good Deeds https://s.lazada.com.my/s.UIBJN .

“Sepanjang tempoh kempen, dengan setiap pembelian dari mana-mana penjual atau jenama di platform tersebut, Lazada akan menderma kepada tabung bantuan amal demi membantu penerima bantuan daripada keluarga berpendapatan rendah dan komuniti yang memerlukan,” katanya. 

Menurut kenyataan itu, bagi pengguna tempatan yang bijak berbelanja, mereka boleh dapatkan pelbagai keperluan Ramadan dan baju raya pada harga berpatutan dan amat berbaloi di Lazada bagi membantu anda berjimat apabila membeli-belah dalam talian pada musim perayaan yang bakal menjelang.

-- BERNAMA