KPDN Terengganu gerakkan 116 penguat kuasa Op Pantau 2023

25/03/2023 09:30 AM

Sempena pelancaran tersebut, KPDN turut mengagihkan insentif kewangan dalam bentuk e-dompet melalui program Inisiatif Pendigitalan Sektor Peruncitan (ReDI) kepada pengunjung Bazar Ramadan Rahmah Binjai Rendah.

Saharuddin berkata inisiatif sebanyak RM20 itu disediakan untuk 6,000 pengunjung terawal bagi menggalakkan mereka membuat pembelian tanpa tunai.

"Inisiatif ini hanya ditawarkan di Bazar Ramadan Rahmah Binjai Rendah setiap hujung minggu sepanjang bulan Ramadan.

"Selain pengunjung, inisiatif dalam bentuk e-dompet sebanyak RM30 turut diberikan kepada peniaga di bazar berkenaan," katanya.

-- BERNAMA