Tiara Labuan Anjur Iftar Untuk Kanak-kanak Kurang Berkemampuan
LABUAN, 2 April (Bernama) -- Hotel Tiara Labuan menjemput 30 orang anak yatim dan kanak-kanak kurang berkemampuan ke majlis berbuka puasa amal tahunannya.
Ketua Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Tiara Hotel Nur’Ain Osman berkata acara tahunan itu adalah sebahagian aktiviti CSR hotel tersebut dan setiap kanak-kanak menerima beg cenderamata dan duit raya yang disampaikan oleh Pengurus Hotel Eugene Chin dan wakil Ahli Parlimen Labuan Hamir Zahari.
“Ramadan dan kemuncaknya, Hari Raya Aidilfitri, adalah masa untuk mengingati mereka yang kurang bernasib baik dalam kalangan kita,” kata Nur’Ain kepada Bernama.
Katanya Hotel Tiara Labuan telah menganjurkan jamuan berbuka puasa untuk mereka yang kurang berkemampuan lebih 10 tahun berturut-turut.
-- BERNAMA