Lazada anjur 'r!uh X Lazada Irama Raya Bazaar Ramadan 2023'

03/04/2023 05:32 PM

KUALA LUMPUR, 3 April (Bernama) -- Lazada Group menganjurkan ‘R!UH x Lazada Irama Raya Bazaar Ramadan 2023’ (R!UH) pada hujung minggu ini, 8-9 April dari 3 petang-12 pagi di Sentul Depot.

Dengan lebih daripada 100 gerai dan paparan menarik, pengunjung akan disajikan dengan pelbagai pilihan kerana bazar menawarkan pelbagai produk daripada fesyen hingga kecantikan.

Dalam satu kenyataan, kumpulan platform e-dagang itu berkata R!UH Lazada juga akan disiarkan secara langsung pada 8 April selama dua jam bermula dari 5 petang, mempamerkan pakaian Muslimah dan koleksi fesyen Raya daripada LazLook, tip kecantikan oleh pakar LazBeauty dan petua gaya tentang cara menaikkan seri dan keanggunan apabila tampil di Hari Raya.

“Produk eksklusif Lazada juga boleh didapati di R!UH mahupun dalam talian.

“Para pelanggan di R!UH turut berpeluang untuk merebut promosi menarik, diskaun, dan penjimatan baucar dari jenama dan penjual kegemaran mereka melalui "Voucher Tornado",” katanya.

Bersempena bulan Ramadan yang mulia ini, penonton dalam talian juga boleh menikmati ‘Membeli Untuk Memberi’, strim langsung istimewa melalui LazLive, yang diadakan setiap Khamis dan Jumaat pukul 10 malam dari 31 Mac-14 April.

“Rancangan renungan mesra Ramadan ini akan menampilkan tema kesedaran positif dan spiritualiti serta peluang bagi para penonton untuk berinteraksi dengan penceramah jemputan mengenai topik motivasi dan muhasabah diri, di samping berpeluang memenangi baucar eksklusif dan pelbagai tawaran Ramadan pada harga yang menarik,” katanya.

Sementara itu, pembeli dalam talian boleh mengumpul 'Raya Lazzies' setiap hari dengan hanya memasuki aplikasi Lazada, membeli produk, mengikuti kedai kegemaran dan berkongsi tawaran dengan para sahabat, dan mata ganjaran itu boleh ditukar kepada pelbagai ganjaran seperti penghantaran percuma, baucar kedai, bonus, rebat istimewa, LazCoins dan banyak lagi.

Pengguna yang mengumpul Lazzies terbanyak juga berpeluang untuk memenangi hadiah-hadiah hebat seperti Ogawa EliteX 3D Foot Massager, DDPAI Dash Cam dan GINTELL G-Flexi Portable Massage Cushion, katanya.

Lazada berkata tindanan baucar dan pelbagai diskaun tersedia bermula 4-6 April, membolehkan pelanggan menikmati penjimatan hebat untuk pelbagai jenis produk.

“Baucar seperti penghantaran percuma, Pulangan Tunai Setiap Hari, Lazada Bonus, LazCoins serta baucar diskaun dari jenama, penjual dan lain-lain akan dipaparkan di akaun anda secara automatik dan boleh digunakan semasa pembayaran.

“Sebelum mendaftar keluar, hanya tebus mana-mana baucar yang sah dan ia akan mengimbangi jumlah keseluruhan. Baucar boleh tindanan super jimat akan membantu mengesahkan penjimatan Ramadan ini,” katanya.

Di samping itu, Lazada berkata para pelanggan boleh menikmati lebih banyak diskaun dengan ‘Pulangan Tunai Setiap Hari’, menawarkan 44 peratus pulangan tunai (sehingga RM10) untuk produk yang terpilih yang boleh ditebus pada pesanan yang seterusnya.

Pelanggan juga boleh mengumpul ‘Lazada Bonus’ dari 31 Mac-6 April dan tebuskannya pada 4-6 April untuk dapatkan rebat RM9 dengan belanjaan setiap RM90, katanya.

Pelanggan juga boleh dapatkan sehingga 1,100 LazCoins dengan pembelian minimum RM150 antara 12 tengah malam hingga 2 pagi, dari 4-6 April, dan ia boleh digunakan untuk menebus diskaun sehingga 15 peratus dari 31 Mac hingga 6 April. 

“Ini juga boleh ditindan dengan baucar dan promosi lain semasa check-out,” katanya sambil menambah penghantaran pantas dan percuma juga tersedia tanpa had perbelanjaan minimum sepanjang kempen.

“Hanya kumpul baucar free shipping dari halaman ‘Free Shipping’ yang boleh diakses pada tab Laman Utama atau Akaun dalam aplikasi Lazada,” katanya.

Lazada berkata pembeli di LazMall juga boleh menikmati diskaun sehingga 90 peratus untuk jenama terpilih di LazMall dengan ‘Crazy Brand Mega Offers’, yang tersedia antara 12 tengah malam hingga 2 pagi, dari 4-6 April.

Selain itu, pembeli juga boleh merebut sehingga 90 peratus diskaun melalui ‘LazFlash’, di samping diskaun sebanyak 20 peratus di seluruh kedai untuk jenama atau penjual terpilih, katanya.

-- BERNAMA