80 Pengamal Media Diraikan Sempena Majlis Berbuka Puasa Dan Apresiasi Media Di Hotel Pullman Sarawak

05/04/2023 09:17 AM

KUCHING, 5 April (Bernama) -- Bulan Ramadan merupakan bulan yang penuh keberkatan serta mulia bagi seluruh penganut agama Islam. Bersempena dengan kehadiran bulan yang suci ini, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) telah meraikan seramai 80 orang pengamal media di Sarawak dalam satu Majlis Berbuka Puasa dan Apresiasi Media bertempat di Hotel Pullman, Kuching, Sarawak.

Majlis ini telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Dr. Mohd Nizom Sairi, Ketua Pegawai Eksekutif (KPE) HASiL dan menjadi medan mengeratkan lagi hubungan yang sedia terjalin antara HASiL dan juga para pengamal media.  Selain itu, ia menjadi platform menghargai jasa serta peranan media sebagai agensi penyebar maklumat percukaian sekali gus membantu meningkatkan lagi tahap kesedaran dan pematuhan cukai dalam kalangan pembayar cukai di Malaysia.