Majlis Iftar Dan Penyerahan Sumbangan Anjuran Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (hasil) Bersama Golongan Asnaf Serta Rumah Kebajikan Anak-anak Yatim

07/04/2023 08:29 AM

CYBERJAYA, 7 April (Bernama) -- Ramadan yang hadir hanya setahun sekali menjanjikan nilai ibadah seribu kali ganda berbanding bulan-bulan lain termasuklah ibadah bersedekah. Mengambil iktibar dalam menyemarakkan roh Ramadan pada tahun ini,  Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) telah meraikan golongan asnaf serta rumah kebajikan anak-anak yatim dalam satu Majlis Iftar dan Penyerahan Sumbangan bertempat di Dewan Bangsawan, Menara Hasil, Cyberjaya.

YB Datuk Seri Haji Ahmad Haji Maslan, Timbalan Menteri Kewangan I hadir bagi menyempurnakan sesi penyampaian sumbangan daripada HASiL berjumlah RM1,000.00 setiap keluarga kepada lima (5) keluarga asnaf yang terpilih serta RM5,000.00 kepada setiap rumah kebajikan anak-anak yatim di sekitar Selangor. Maklumat penerima sumbangan adalah seperti yang berikut: