PPZ-maiwp Terima Zakat Perniagaan Bernilai Rm 2 Juta Daripada Rhb Islamic Bank
KUALA LUMPUR, 19 April (Bernama) -- RHB Islamic Bank Berhad (“RHB Islamic”) semalam menyerahkan zakat perniagaannya sebanyak RM2 juta bagi tahun kewangan 2022 kepada Pusat Pungutan Zakat - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (“PPZ-MAIWP”) menerusi program Imarah Ramadan RHB Islamic Bank Berhad 2023.
Melalui program yang sama, 22 pemenang cabutan bertuah dipilih di bawah Kempen Semarak Zakat yang telah berlangsung dari April hingga Oktober 2022 khusus untuk warga kerja RHB. Kempen tersebut telah berjaya menarik 102 orang pembayar baru dan 80 orang yang membuat penambahan bayaran zakat melalui potongan gaji bulanan. Pemenang-pemenang tersebut memenangi hadiah temasuk Samsung Galaxy Tab, Telekung Siti Khadijah, Jam Buruj dan eWallet bernilai RM100.