Niaga Hadapan Msm Ditutup Tinggi

23/01/2024 09:42 PM

Oleh Nurul Jannah Kamaruddin

KUALA LUMPUR, 23 Jan (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini pada hari Selasa kerana keyakinan terhadap penurunan yang lebih besar dalam pengeluaran minyak sawit Malaysia dan prospek permintaan lebih baik menjelang bulan perayaan mendorong minat.Ketua Penyelidikan Komoditi Sunvin Group yang berpangkalan di Mumbai, Anilkumar Bagani berkata, petunjuk awal menunjukkan pengeluaran menurun, ia akan menentukan inventori minyak sawit pada akhir Januari.

Lembaga Minyak Sawit Malaysia Sawit (MPOB) baru-baru ini mengunjurkan stok di bawah 2.0 juta tan metrik pada 2024 berbanding 2.29 juta tan metrik pada akhir Disember 2023.

Selain itu, Anilkumar memberitahu Bernama bahawa permintaan dijangka bertambah baik menjelang bulan Ramadan, iaitu pada Mac.

Negara-negara Islam seperti India, Pakistan dan negara ASEAN biasanya akan membuat stok untuk bulan puasa dan perayaan Aidilfitri yang akan datang.

Selain itu, momentum pemulihan di niaga hadapan minyak kacang soya Lembaga Perdagangan Chicago (CBOT) dan pasaran minyak semalaman turut membantu sentimen keseluruhan.

Pada penutupan, kontrak bulan semerta Februari 2024 naik RM35 kepada RM3,963 satu tan, Mac 2024 meningkat RM39 kepada RM3,960 satu tan dan April 2024 menambah RM44 kepada RM3,948 satu tan.

Mei menambah RM46 kepada RM3,910 setan, manakala June 2024 dan Julai 2024 masing-masing meningkat RM49 kepada RM3,848 satu tan dan RM3,785 setan.

Harga MSM fizikal bagi Februari Selatan naik RM20 kepada RM3,980 satu tan. 

-- BERNAMA