Pertunjukan Fesyen 2024 Shopee, ‘raya Stail Kita’ Raikan Zaman Keemasan Budaya Malaysia

06/03/2024 03:15 PM

KUALA LUMPUR, 5 Mac 2024 (Bernama) -- Platform e-dagang terkemuka Asia Tenggara dan Taiwan, Shopee melancarkan pertunjukan fesyen #ShopeeRaiLokal Raya Stail Kita di ShopeeLive, untuk memberikan inspirasi kepada rakyat Malaysia bergaya dan membeli barangan tempatan.

Berbeza pertujukan fesyen kebiasaannya, Shopee dalam kenyataan hari ini memaklumkan #ShopeeRaiLokal Raya Stail Kita akan memperlahankan model catwalk  bagi membolehkan penonton melihat dengan jelas bagaimana busana berlainan dari pelbagai jenama boleh digayakan sedondon seluruh keluarga.

Ketua Pemasaran Shopee Kenneth Soh berkata melalui kempen itu, rakyat Malaysia bukan sahaja boleh bergaya dengan busana hebat semasa Aidilfitri malah dapat menyokong peniaga tempatan di platfom e-dagang itu.

Dengan tema ‘Tarakucha Retro’, Shopee antara lain akan bekerjasama dengan penjual, selebriti, dan pempengaruh untuk menggayakan rakyat Malaysia dengan tiga trend Raya 2024 iaitu kek lapis, jingga gelap, dan twist.

Menurut Shopee, sepuluh penjual fesyen muslim di Shopee akan mengambil bahagian dalam acara itu antaranya,  Asikin Ahmad, Liyana Collection, Adnaa, Indah Pesona, Hernes, Inhanna, Zoe Arissa, Panda Eyes, Bayu Somerset, dan Mikaseries by Zoey Rahman. 

Manakala model body positive Hikma Al Hassan akan mengetuai peragaan #ShopeeRaiLokal Raya Stail Kita bagi mempamerkan gaya inklusif dan mampu milik yang dipilih khas berdasarkan bagaimana rakyat Malaysia membeli-belah baju raya mereka secara dalam talian. 

"Habib Jewels juga turut melengkapkan gaya di atas runway dengan menaja barang kemas dan aksesori. Jenama kecantikan dan penjagaan kulit yang turut menaja pertunjukan fesyen ini termasuklah Y.O.U, SimplySiti, Silkygirl, Papa Feel, Mikaseries, lemooc, Emina, Dazzle Me, Barenbliss, Alha Alfa, Wardah dan AISASEA,” menurut Shopee.

Pertunjukan fesyen yang diadakan Shopee ini adalah episod ketiga dalam kandungan platform bersiri #ShopeeRaiLokal mengetengahkan penjual tempatan yang membina komuniti.

Dalam masa sama, Shopee berkata kempen Ramadan dan Raya Bersama Shopee kini  berlangsung di platform e-dagangnya sehingga 11 April ini.

“Tahun ini pembeli boleh membeli tanpa risau dengan Shopee kerana Shopee akan memperkenalkan ciri baharu Change of Mind (Perubahan fikiran) 15 hari pengembalian percuma. Bermula 19 Mac, pembeli boleh memulangkan produk untuk pengembalian wang sepenuhnya dalam tempoh 15-Hari Shopee Guarantee,” menurut Shopee.

Orang ramai boleh melayari laman mikro Raya Stail Kita di https://shopee.com.my/m/raya-stail-kita dan lama mikro Kempen Ramadan Bersama Shopee di https://shopee.com/m/ramadan-sale#SLM1.

-- BERNAMA