Bank Muamalat Gerak Kempen #subuhmacamjumaat Dan Cintai Masjid Di 14 Buah Negeri Sempena Menyambut Ketibaan Bulan Ramadan

11/03/2024 09:05 AM

KUALA LUMPUR, 11 Mac (Bernama) -- Bank Muamalat Malaysia Berhad (Bank Muamalat) telah menggerakkan kempen #SubuhMacamJumaat dan Cintai Masjid di 14 buah negeri, sempena menyambut ketibaan bulan Ramadan yang bakal tiba.

Selain menyemarakkan kempen #SubuhMacamJumaat, inisiatif kali ini juga merupakan salah satu program tanggungjawab sosial korporat (Corporate Social Responsibility, CSR) Bank Muamalat di mana program gotong-royong membersihkan dan membaik pulih 14 buah masjid yang terpilih dari 14 buah negeri dijalankan selepas solat subuh berjemaah di masjid-masjid tersebut.