Shopee Memberdayakan 900 Ahli Affiliate Untuk Tren Pembelian Ramadan Raya 2025

25/02/2025 08:50 PM

KUALA LUMPUR, 25 Feb (Bernama) -- Lebih 30 jenama dan 900 ahli affiliate Shopee berkumpul untuk meraikan Ramadan Raya 2025 dalam acara 'Shopee House: Rumah Terbuka Shopee', yang diadakan di The Yard, Sentul Depot, di sini.

Shopee dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan bahawa acara ini berfungsi sebagai platform rangkaian dinamik, yang membolehkan ahli affiliate dan jenama untuk berhubung, bekerjasama, dan mengembangkan perniagaan mereka.

"Sebagai sebahagian daripada sambutan ulang tahun ke-10 Shopee, inisiatif ini menekankan komitmen berterusan syarikat untuk menyokong perniagaan tempatan dan memberdayakan pencipta digital di Malaysia," katanya.

Di Shopee House, ahli affiliate berpeluang untuk meneroka produk-produk baharu dan paling laris dari jenama-jenama terpilih secara langsung dan bekerjasama untuk mengetengahkan produk-produk ini melalui ulasan yang tulen dan bermaklumat di gerai pengalaman jenama yang disediakan.

Acara ini juga termasuk sesi 'Brand-Affiliate Livestream Matchmaking', di mana ahli affiliate terkemuka meningkatkan keterlihatan jenama dan penglibatan, mengukuhkan perkongsian menjelang Ramadan Raya 2025.

Ketua Pemasaran dan Perniagaan Intelejen di Shopee Malaysia Tan Ming Kit, berkata bahawa ketika Shopee merayakan ulang tahun ke-10, komitmen mereka untuk memberdayakan ahli affiliate dengan alat dan peluang untuk menggerakkan kejayaan mereka kekal tidak berubah.

"Tahun ini, kami memperkenalkan inisiatif strategik, termasuk Insentif Iklan Livestream dan Kelab Pencipta Kandungan, untuk membantu ahli affiliate mengembangkan perniagaan mereka dan mengoptimumkan strategi penglibatan mereka.

"Program-program ini direka untuk memberikan ahli affiliate pandangan, sumber, dan insentif yang diperlukan untuk mempercepatkan pertumbuhan dan meningkatkan impak mereka dalam landskap perdagangan digital," katanya.

Menurut kenyataan tersebut, pesanan yang dipacu oleh ahli affiliate meningkat sebanyak 81 peratus pada 2024 berbanding tahun sebelumnya, menonjolkan kepercayaan yang semakin meningkat terhadap pengalaman membeli-belah yang dipimpin oleh affiliate, yang didorong oleh teknologi penstriman langsung dan perdagangan video canggih dari Shopee.

Selain itu, dengan permintaan untuk membeli-belah secara langsung dan interaktif yang semakin meningkat, pesanan melalui Shopee Live meningkat sebanyak 248 peratus, menekankan peranan penting pencipta kandungan dalam ekonomi digital masa kini.

Sementara itu, Ahli Affiliate Shopee dan Pempengaruh Khairul Aming, berkata bahawa Program Affiliate Shopee menawarkan peluang kepada pencipta baharu untuk belajar, berhubung, dan membina keyakinan, terutama kerana penstriman langsung boleh menjadi agar mencabar pada permulaannya.

Ahli Affiliate dan Pencipta Kandungan Shopee, Iman Kamil, menekankan bahawa Shopee House menawarkan platform kepada ahli affiliate untuk berinteraksi dengan jenama, berkongsi idea, dan menemui peluang, sementara Program Affiliate Shopee membolehkan pencipta mengubah minat mereka menjadi pendapatan dalam ruang yang menyokong kreativiti dan pertumbuhan.

Ahli Affiliate Shopee berinteraksi secara langsung dengan banyak jenama terkemuka di Malaysia di Shopee House, termasuk 3CE, 888 Tea & Coffee, Anyson Wear, Beauty of Joseon, Cosmoderm, Dazzle Me, Deli, dan Dr. Cardin.

Sebagai sebahagian daripada komitmen Shopee untuk menyokong bakat Malaysia dalam ruang digital, platform ini secara rasmi mengumumkan kumpulan wanita terkenal, De Fam, sebagai duta jenama untuk kempen Ramadan Raya 2025.

Trio ini akan mengambil alih akaun livestream rasmi Shopee Mamak pada 10 Mac pukul 8.30 malam untuk berhubung dengan pengikut mereka, menganjurkan permainan interaktif, dan menyediakan kandungan bermaklumat untuk penonton semasa Ramadan.

Shopee House berfungsi sebagai platform pelancaran untuk affiliate yang bercita-cita tinggi dan berpengalaman untuk mengembangkan capaian mereka, bekerjasama dengan jenama-jenama terkemuka di Malaysia, dan memanfaatkan sepenuhnya potensi perdagangan livestream.

-- BERNAMA

(Penafian: Ini adalah artikel advertorial berbayar. Bernama tidak bertanggungjawab terhadap kandungan, ketepatan dan pendapat yang disiarkan dalam artikel tersebut)