Pejabat Parlimen Lembah Pantai Salur RM40,000 Untuk 40 Surau, Semarak Aktiviti Ramadan

23/02/2025 11:39 PM

KUALA LUMPUR, 23 Feb (Bernama) -- Pejabat Parlimen Lembah Pantai menyalurkan sumbangan sebanyak RM40,000 kepada 40 surau di kawasan Parlimen itu bagi menyemarakkan aktiviti sepanjang bulan Ramadan. 

Ahli Parlimen Lembah Pantai Fahmi Fadzil yang juga Menteri Komunikasi berkata sumbangan itu diberikan dalam bentuk wang tunai berjumlah RM1,000 kepada setiap surau untuk menyokong pelaksanaan aktiviti moreh sempena ketibaan Ramadan 1447H.

“Semoga segala amalan kita pada bulan Ramadan kali ini lebih bermakna dan lebih baik daripada tahun yang sebelumnya,” katanya dalam hantaran di X malam ini. 

-- BERNAMA 

 

 

PERTUBUHAN BERITA NASIONAL MALAYSIA (BERNAMA)
Wisma BERNAMA
No. 28 Jalan BERNAMA,
Off Jalan Tun Razak,
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

+603-2693 9933
helpdesk[at]bernama.com

Kategori

Berita
Rohani Ramadan
Waktu Berbuka
Video

Ikut Kami

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan